fbpx
Now Reading
Perlaksanaan Cukai Ke Atas Minuman Bergula

Perlaksanaan Cukai Ke Atas Minuman Bergula

Mulai semalam, pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula bermula. Dengan cukai ini, kerajaan harap dapat membantu mengurangkan kos perubatan berikutan pengambilan gula yang berlebihan dalam kalangan rakyat.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abdul Aziz Abu Bakar, berkata duti eksais sedia ada yang dikenakan seperti ke atas rokok dan arak bertujuan mengelak rakyat daripada menghadapi masalah kesihatan.

“Kerajaan tidak akan mendapat banyak hasil daripada pengeluar kerana mana-mana negara yang memperkenalkan cukai soda, pengeluar akan menukar produk mereka supaya dapat menghasilkan produk yang dapat mengelak daripada membayar cukai gula.

“Rakyat perlu faham, mereka (kerajaan) telah menimbang tara dan kerajaan sudah memberi banyak masa kepada komuniti perniagaan untuk menyesuaikan diri dan mengambil peluang untuk menyusun strategi daripada segi produk dan cara pengeluaran.

“Cukai gula ini memberi kesan positif daripada segi kos perubatan yang bermakna kita akan membentuk masyarakat yang mengambil berat mengenai pengambilan gula,” katanya hari ini.

Abdul Aziz pula berkata, rakyat Malaysia juga akan menjalani kehidupan yang lebih sihat kerana rakyat akan mengurangkan pengambilan gula dengan adanya cukai ini.

Di Bursa Malaysia semasa ditutup semalam, Nestle adalah kaunter paling rugi, berikutan ia merosot 70 sen kepada RM148.40, manakala F&N berkurangan 16 sen kepada RM34.40 dan Dutch Lady susut 10 sen kepada RM63.90.

Abdul Aziz berkata, impak daripada pelaksanaan cukai berkenaan kepada pasaran modal adalah jangka pendek kepada jangka sederhana berikutan ia adalah tempoh penyesuaian.

See Also

“Secara umumnya, orang akan melihat sentimen merosot, itu sebabnya pasaran saham turun sedikit,” katanya.

Katanya, kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat dan memastikan mereka memahaminya bahawa pengenalan cukai ke atas minuman bergula tidak akan menjana pendapatan yang besar kepada negara tetapi sebagai langkah alternatif untuk mengurangkan pengambilan gula.

Sumber: BH Online

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.