Now Reading
Gangguan Bekalan Air Sudah Bermula?

Gangguan Bekalan Air Sudah Bermula?

Penduduk di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang telah berdepan gangguan bekalan air lebih awal dan bukan bermula 23 Julai seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Pengumuman itu telah dibuat oleh Henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3, Ekoran Pencemaran Bau di Sumber Air Mentah oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pada Jumaat, semalam.

Sebanyak 1,133 kawasan melibatkan 1,166,842 akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat akan terkesan dengan gangguan bekalan air sementara tidak berjadual ini.

“Pihak kami mohon maaf atas segala kesulitan dan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada pelanggan yang terjejas,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Syabas.

KLIK DI SINI untuk senarai kawasan terjejas.

See Also

Sumber: mStar

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.