fbpx
Now Reading
Dua Beranak Dera Remaja OKU Direman

Dua Beranak Dera Remaja OKU Direman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, rakaman seorang remaja perempuan dipaksa tidur di luar rumah tersebar di laman sosial Twitter yang dimuat naik seorang pengguna. Susulan dari itu, dua beranak itu telah direman empat hari bermula hari Ahad, semalam.

Remaja perempuan itu adalah Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 14 tahun yang tinggal di rumah mereka di Kampung Gial, Arau.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, berkata perintah reman ke atas ibu dan abang kandung mangsa dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Dua beranak berusia 40 dan 15 tahun itu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berlaku penderaan ke atas mangsa.

“Malah, individu dipercayai jiran yang memuat naik video ke laman sosial mengenai remaja itu juga sudah dipanggil untuk diambil keterangan semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nanda berkata, pihaknya masih menunggu laporan perubatan daripada Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

“Mangsa masih dirawat di HTF dan kita menunggu laporan pakar sama ada dia betul didera atau sebaliknya.

“Laporan itu akan menentukan sama ada mangsa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau tidak,” katanya.

Selain dipaksa tidur di luar rumah, mangsa dipercayai turut disimbah air panas, dipukul dengan batang buluh dan anggota badannya dikepit playar.

Sumber: BH Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.