fbpx
Now Reading
Abby Abadi Bantu Bayi Ini Dapatkan Keluarga Angkat Baru Dalam Masa Sehari

Abby Abadi Bantu Bayi Ini Dapatkan Keluarga Angkat Baru Dalam Masa Sehari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B0S_0Z2DoQo/

Abby semalam dilihat telah memuat naik gambar seorang bayi perempuan di akaun instagram milik beliau dengan tujuan untuk mendapatkan keluarga angkat yang baru untuk bayi tersebut.

Abby yang sebelum ini telah membantu beberapa orang pasangan dalam mendapatkan anak angkat, turut memaklumkan bahawa bayi perempuan tersebut baru berusia semingggu dan kini berada di selatan tanah air.

Dia juga turut berpesan yang bayi itu memerlukan keluarga angkat yang baik budi pekerti dan mampu menjaganya


Saya ada baby girl ni di selatan tanah air. Berusia seminggu. Berbibir seksi Alhamdullillah sihat. Anak Malaysia ye. Memerlukan ibu bapa angkat yg baik budi & mampu ye” – Abby Abadi

Entri tersebut telah menarik minat ramai netizen, dan kelihatan ramai juga yang berkehendakkan bayi tersebut menjadi anak angkat mereka. Tidak kurang yang memuji kecomelan paras wajah bayi tersebut malahan ramai  mendoakan semoga anak kecil tersebut segera menemui keluarga angkat yang baru.

Namun  berdasarkan kemas kini pada entri itu, Abby  dikatakan telah berjaya menemukan keluarga yang sudah berjanji untuk mengambil anak tersebut. Terima kasih abby! Anda bukan sahaja membahagiakan satu jiwa, malah lagi dua jiwa yang bakal bergelar ibu dan ayah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.