fbpx
Now Reading
Polis Temui Satu Peranti Letupan Dari 3 Lokasi Ancaman Bom Sekitar KL

Polis Temui Satu Peranti Letupan Dari 3 Lokasi Ancaman Bom Sekitar KL

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis malam tadi dilaporkan berjaya menemui peranti letupan IED (Alatan Letupan Termampat) di salah satu tempat yang menerima ancaman bom di sekitar Kuala Lumpur .

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, IED tersebut dijumpai oleh orang awam pada pukul 5 petang namun pihak polis hanya menerima maklumat pada jam 10 malam.

Unit Pemusnah bom (UPB) yang di hantar juga telah mengesahkan bahawa objek yg ditemui itu adalah IED tidak sempurna dan masih menjalankan siasatan lanjutan terhadapnya.

Manakala di 2 lagi lokasi yang berbeza iaitu Kl sentral dan Kedutaan Rusia, polis tidak menemukan sebarang objek yang mencurigakan dan pihak mereka yakin maklumat yang diberikan adalah palsu.  

“Maklumat tersebut dihantar melalui laman Tweeter iMais – Uma Agencia Sincera @ aganciaimais, pada 1.8.2019 jam lebih kurang 7.21 malam ” terang beliau.

Susulan dari laporan itu PDRM telah menghantar Unit UPB dan K9 ke sekitar KL Sentral.

“Setakat ini, tiada menjumpai sebarang objek mencurigakan serta dipercayai maklumat diberikan adalah maklumat palsu.

“KL Sentral setakat ini masih selamat dan tren serta perniagaan sekitar KL Sentral telah ditutup sekitar 11 malam,” turut beliau lagi

Ancaman di Kedutaan Rusia juga telah disiasat dan hasilnya mendapati ancaman tersebut adalah palsu. Polis dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan pemilik akaun twitter tersebut.

Carian kami mendapati Akaun twitter dimiliki oleh sebuah firma pasaran berpusat di Brazil yang bagaimanapun didakwa telah di godam oleh ‘limzhengyan’ berdasarkan info yang tertulis di profil akaun berkenaan. Walau bagaimanapun twit tersebut telah dipadamkan.

Sekiranya orang awam ada sebarang maklumat, boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999 atau Pusat Kawalan IPD Brickfields 03 22979268,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.