fbpx
Now Reading
2 Suspek Pengeboman Bangkok Ulang Kali Masuk Malaysia, Mungkin Ada Kaitan Dengan Pemisah Selatan

2 Suspek Pengeboman Bangkok Ulang Kali Masuk Malaysia, Mungkin Ada Kaitan Dengan Pemisah Selatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

2 suspek yang  ditahan kerana disyaki meletakkan bahan letupan di bangkok jumaat lepas di dapati pernah beberapa kali masuk ke Malaysia.

Ketua Biro Imigresen Thailand , Lt Jen Polis Sompong Chingduang dalam satu kenyataannya mendakwa pihak Imigresen Thailand  telah menemui beberapa rekod perjalanan suspek  serta rakaman kamera keselamatan di pusat pemeriksaan Imigresen di Narathiwat yang memperlihatkan wajah kedua-dua suspek melintasi sempadan. Dia bagaimapun enggan mendedahkan maklumat lanjut perjalanan dan motif suspek.

Mereka ditahan selama tujuh hari di bawah Undang-undang Darurat Thailand bagi membantu siasatan selepas beberapa siri letupan bom yang berlaku di Bangkok yang menyebabkan 4 orang tercedera ,  sewaktu  ibu kota negara Thailand itu sedang sibuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean ke-52 / Pasca Persidangan Menteri dan Mesyuarat Berkaitan (AMM/ PMC 52)

Kami sudah temui rekod perjalanan suspek dan juga rakaman video yang menujukkan wajah mereka dengan jelas – Ketua Biro Imigresen Thailand Lt Jen Polis Sompong Chingduang

Timbalan Perdana Menteri Thailand ,Prawit Wongsuwan  dalam satu kenyataaannya pada selasa pula berkata polis kini sedang giat memburu sembilan lagi suspek susulan tertangkap nya 2 suspek berkenaan dan mereka percaya letupan ini ada kaitan dengan pemisah selatan.

“Kami sudah menyiasat bagaimana mereka bergerak mengatur perjalanan, dan dari mana mereka memperoleh bom” – Prawit Wongsuwan Timbalan Perdana Menteri Thailand

Serangan ini dikatakan berlaku ketika kemarahan memuncak sejak seorang suspek pemisah dari selatan Thailand ditemui dalam koma di sebuah kem tentera di mana kumpulan hak asasi mendakwa berlaku penderaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.