Now Reading
Kes Nora Anne : Polis dari 3 Negara datang Bantu Siasatan, Ibu Nora Tawar Ganjaran RM50,000 siapa yang temui anaknya

Kes Nora Anne : Polis dari 3 Negara datang Bantu Siasatan, Ibu Nora Tawar Ganjaran RM50,000 siapa yang temui anaknya

Kes kehilangan remaja warga Ireland , Nora Anne Quoirin yang masih dalam pencarian kini diperkuatkan dengan kehadiran pasukan-pasukan polis dari 3 negara iaitu England dan Perancis dan Ireland ; Negara kelahiran Nora Anne .

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asistan Komisioner  Che Zakaria Othman melalui kenyataannya turut menerangkan kedatangan mereka kesini bukan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat(SAR)  sebaliknya hanya dari segi siasatan kes . Beliau bagaimanapun engan mengulas lanjut mengenai jumlah sebenar pasukan-pasukan polis tersebut.

“Namun mereka ini bukan dari United Kingdom’s National Crime Agency, Scotland Yard dan An Garda Siochana sepertimana yang dilaporkan oleh beberapa media antarabangsa “ katanya pada satu sidang media di Balai Polis Pantai hari ini.

Artikel berkaitan: Baca sini

Che Zakaria dalam satu sidang media Foto : Sinar

Beliau turut memaklumkan operasi untuk hari  ini (isnin) diperkuatkan dengan bantuan 353  orang yang terdiri dari pegawai polis dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

“Operasi hari ini tertumpu ke kawasan Gunung Berembun yang melibatkan Unit Komando (VAT 69), Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta dan Batalion 3 (Senoi Praaq) iaitu pencarian adalah 12 Kilometer radius.

“Kekuatan pasukan SAR khas untuk tugasan ini adalah seramai 176 orang dan waktu ini mereka masih berada dalam kawasan operasi pencarian.

Dipetik dari Hmetro, ahli keluarga Nora Anne , dengan bantuan kewangan dari sebuah syarikat dari Belfast, Ireland hari ini telah menawarkan RM 50,000 ganjaran kepada  individu yang  berjaya menemui anak nya.

See Also

Gambar Fail . Foto : Metro

Ibu mangsa, Maebph Jaseprine Quoirin yang pertama kali mengadakan sidang media turut merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan Nora Anne untuk menghubungi no hotline khas operasi SAR di : 0111- 228 5058 atau menerusi emel [email protected] bagi mereka yang di luar Malaysia.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.