fbpx
Now Reading
(VIDEO) Buang BMW Dalam Sungai Sebab Merajuk Tak Dapat Jaguar

(VIDEO) Buang BMW Dalam Sungai Sebab Merajuk Tak Dapat Jaguar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Makin pelik manusia sekarang, di laporkan sebuah kejadian di New Delhi India seorang pemuda tanpa sebarang perasaan telah menghanyutkan sebuah kereta BMW M3 yang dihadiahkan oleh ibu bapanya sempena harijadinya.

Pemuda yang bernama Akash dari Yamunagar, Haryana dikatakan tidak berpuas hati dengan hadiah yang dia terimanya kerana dia lebih meminati kereta jenis Jaguar dari jenama BMW tersebut lantas bertindak menolak kereta tersebut ke dalam sungai.

Foto : SBS Punjabi

Difahamkan Harga untuk mendapatkan sebuah kereta Jaguar adalah 5 Juta Rupee (RM 294, 521) sedikit mahal dari harga BMW iaitu 3.5 Juta Rupee ( RM 206, 167) 

Sebuah klip video yang memperlihatkan kenderaan milik  Akash itu terapung di dalam sungai sebelum ia tersangkut pada tebing rumput telah menjadi tular

Pemuda itu bagaimapun dikatakan turut berenang untuk menyelamatkan kenderaan berkenaan dengan bantuan orang ramai .

Rata-rata netizen mengecam tindakannya yang disifatkan sebagai tidak bersyukur.

Dipetik dari SBS Australia, ibu-bapa Akash bagaimapun menyangkal dakwaan yang anaknya  sengaja menenggelamkan kenderaan berkenaan. Insiden itu terjadi kerana pemuda tersebut cuba mengelak dari terlanggar seekor kijang .

Mereka turut menafikan cerita yang mengatakan Akash mahukan sebuah Jaguar seperti yang diperkatakan oleh orang ramai. Mereka juga memaklumkan kepada pihak media bahawa anak mereka dalam kondisi yang tidak berapa sihat mentalnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.