fbpx
Now Reading
Alfatihah – Anak AR Badul Maut Tertembak

Alfatihah – Anak AR Badul Maut Tertembak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anak pelakon lagenda AR Badul, Mejar Mohd Zahir Armaya meninggal dunia akibat terkena tembakan oleh senjata jenis M4 dalam satu sesi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged  ke 13 infantri Malaysia di Kem Kok Lawi Kota Kinabalu pada 9.20 pagi tadi.

Dipetik dari Kosmo, Allayarham ,Mejar Komando dari Kem Sg Udang dan merupakan pegawai di Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas (GGK) terkena tembakan yang tersasar lalu melepasi baju kalis peluru yang disarung oleh nya.

“Tembakan itu dipercayai tersasar sedikit lalu melepasi baju kalis peluru yang di pakai arwah’ – Sumber

Ketika kejadian , mangsa difahamkan memakai baju berwarna putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak oleh pihak tentera untuk demonstrasi tersebut. Dia yang rebah kemudiannya di bawa ketepi sebelum persembahan itu ditamatkan.

Bagaimapun mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng muka dibuka dan memperlihatkan keadaan mukanya yang berlumuran darah.

Dia yang cedera kemudiannya di bawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.