fbpx
Now Reading
MISI PENDARATAN KE BULAN INDIA GAGAL

MISI PENDARATAN KE BULAN INDIA GAGAL

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Misi India untuk menjadi negara ke 4 mendarat di bulan berakhir dengan kegagalan  selepas kapal angkasanya Chandrayaan-2 yang dijangka mendarat pada 1:57 pagi (waktu India) terputus hubungan.

Rata-rata rakyat yang teruja dari awal lagi telah bersiap sedia di hadapan televisyen  bagi menyaksikan siaran langsung pendaratan kapal pendarat yang di beli gelaran “Vikram” itu. Namun berita gembira yang dinantikan tidak kunjung tiba.

Malah keadaan yang mulanya mengujakan  di pusat kawalan Organisasi Penyelidikan Angkasa India (ISRO) bertukar suram selepas komunikasi antara pusat kawalan dengan Vikram  tiba-tiba terputus ketika kapal pendarat tersebut sedang menghampiri bulan dengan jarak hanya tinggal 2.1 kilometer.

Pendaratan adalah seperti dirancang dan prestasi berada pada keadaan normal sehingga ketinggian mencapai 2.1 K.M dari permukaan bulan.

Namun komunikasi antara kapal angkasa dengan pusat kawalan terputus secara tiba-tiba dan data mengenainya sedang dianalisis –  Pengerusi ISRO, K. Sivan

Dia yang turut menyaksikan detik bersejarah itu telah menenangkan K.Sivan dan pasukannya  di ISRO yang dilihat begitu kecewa malah memberi  tiup semangat dan mengingatkan mereka yang “jatuh bangun dan kegagalan adalah lumrah”

ISRO telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak US$ 120 juta bagi melancarkan Chandarayaan-2 ke bulan pada 22 Julai lalu.

Terdahulu pada April, percubaan Israel menempatkan kapal angkasa “Beresheet” juga tidak menjadi selepas kapal itu terhempas di permukaan bulan. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.