Now Reading
Jerebu Semakin Meningkat, Rakyat Dinasihati Kurangkan Aktiviti Luar

Jerebu Semakin Meningkat, Rakyat Dinasihati Kurangkan Aktiviti Luar

Orang ramai dinasihati untuk mengurangkan aktiviti luar dan memakai penutup muka bagi menjsgs kesihatan susulan keadaan cuaca berjerebu yang melanda negara ketika ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata selain itu mereka juga dinasihatkan untuk minum banyak air, dan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dalam tempoh ini.

“Keadaan berjerebu berlaku berikutan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia dan kemungkinan hujan lebat di wilayah tersebut dan negara ini adalah rendah dalam tempoh seminggu akan datang.

“Sehubungan itu, potensi negara mengalami cuaca berjerebu rentas sempadan masih tinggi, terutama di barat dan selatan Semenanjung serta barat Sarawak,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

See Also

Sumber: Awani


© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.