Now Reading
Bunuh Bapa Gara-gara Tidak Dapat Main PUBG

Bunuh Bapa Gara-gara Tidak Dapat Main PUBG

Seorang pemuda yang berang kerana tidak dapat bermain permainan dalam talian PUBG nekad membunuh bapanya dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging.

Kejadian yang berlaku di Belagavi, Bangalore dikatakan bermula apabila suspek Raghuveer Kumar,25 kehabisan data untuk bermain game dalam talian itu, namun permintaannya untuk menambah data internet tidak dilayan oleh bapanya, Shankrappa Kumbar,60.

Difahamkan bapanya seorang pesara polis telah berusaha berbulan-bulan untuk menghentikan ketagihan anaknya yang tidak lekang dari memegang handphone miliknya semata-mata  untuk bermain game terbabit.

Perbalahan yang berterusan akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri buat keluarga terbabit apabila suspek mengunci ibunya yang cuba meleraikan perbalahan mereka sebelum mencapai pisau pemotong daging lalu menikam ayahnya.

Tidak cukup dengan itu suspek juga dikatakan memotong bapanya kepada beberapa bahagian . Jiran yang terdengar raungan luar-biasa bapanya kemudiannya terus menghubungi polis sebelum polis datang dan memberkas suspek.

See Also

Terdahulu pada hari yang sama mereka sudah pun berbalah mengenai isu yang sama sehingga memaksa jiran menghubungi polis apabila melihat suspek mula bertindak ganas malah memecahkan perkakas rumah dan tingkap rumah,namun suspek ketika kejadian dilepaskan polis dengan notis amaran.

Kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa .

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.