fbpx
Now Reading
Padah Bergaduh di Plaza Tol, 2 Lelaki Dijatuhi Hukuman

Padah Bergaduh di Plaza Tol, 2 Lelaki Dijatuhi Hukuman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular video mengenai pergaduhan dua lelaki di  Plaza Tol Bukit Kiara sehingga menyebabkan kedua mereka cedera. Pergelutan itu juga berjaya dirakam oleh isteri kepada salah seorang lelaki berkenaan dari awal sewaktu mereka masih di dalam kenderaan dan baru menghampiri tol.

Difahamkan lelaki berkenaan bersama isteri(yang merakam video ) serta anaknya sedang dalam perjalanan dari Wangsa Maju ke Petaling Jaya, Selangor sebelum sebuah kereta mereka memotong  dan menekan brek di hadapan kenderaan mereka.

Insiden provokasi yang akhirnya berakhir dengan pergaduhan itu menyebabkan kedua mereka didakwa di makhamah mengikut seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar di tempat awam.

Padah tak sabar kan..

Harini kedua lelaki berkenaan dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 kepada kedua-dua mereka oleh Majistret Noorasyikin  selepas keduanya mengaku bersalah bergaduh sesama sendiri di Plaza Tol Bukit Kiara, Selasa lalu.

“SEPATUTNYA kamu sabar dan menjadi contoh baik kepada orang bukan Islam. Isteri kamu pula patut baik pulih keadaan dan bukan biarkan suami bergaduh,” kata Majistret Noorasyikin Sahat terhadap Mohamad Fazrien Mohd Ziear.

“Kamu pula Ng (Ng Whye Hoong) sudah matang dan sepatutnya boleh berfikir. Kamu tidak malu jika nanti bila sudah tua anak-anak lihat video yang tular ini?” kata beliau lagi.

Foto : Metro

Dipetik dari Metro, sekiranya keduanya gagal membayar denda berkenaan, Mohd Fazrien, yang bekerja sendiri dan Ng Whye Hoong, Pengurus Teknologi Maklumat boleh dipenjarakan selama sebulan.

Manakala dipetik dari Berita Harian, sewaktu proses rayuan peguam bela,  Izzat Amir yang mewakili kedua-dua lelaki berkenaan memohon supaya mahkamah mengenakan denda minimum kerana ini adalah kesalahan pertama mereka.

“Kedua-dua anak guam saya menyesal dengan perbuatan yang dilakukan. Atas faktor pengakuan salah, saya memohon supaya mahkamah mengenakan denda minimum,” katanya.

Semoga kes ini dijadikan pengajaran buat semua pembaca .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.