fbpx
Now Reading
[Video]Dua Beranak Dikhuatiri Lemas Selepas Kereta Terjatuh Dari Feri.

[Video]Dua Beranak Dikhuatiri Lemas Selepas Kereta Terjatuh Dari Feri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

2 beranak dikuatiri maut selepas kereta yang mereka naik terjatuh selepas dikatakan mengundur secara tidak sengaja dari sebuah feri di Terusan Likoni, Kenya.

Klip video rakaman amatur yang viral di media sosial itu memperlihatkan kereta tersebut sedang tenggelam sebelum hilang dari permukaan dan terbenam ke dasar laut.

Dipetik dari Awani yang memetik Sky News, insiden berkenaan berlaku ketika feri terbabit sedang membawa penumpang dari bandari Likoni untuk ke Pulau Mombassa.

Media tempatan melaporkan 2 beranak tersebut terdiri dari seorang ibu bersama seorang anak kecil.

Perkhidmatan Feri Kenya dalam masa sama memuat naik kenyataan di Facebook  mengesahkan insiden tersebut dan mengatakan punca kejadian masih dalam siasatan.

Misi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan bagi mencari kereta dan kedua mangsa terbabit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.