fbpx
Now Reading
Jaket Penunggang Motor Sangkut . “Syukur Kereta Kami Sempat Berhenti Kalau Tak Pasti Terlanggar Mangsa…”

Jaket Penunggang Motor Sangkut . “Syukur Kereta Kami Sempat Berhenti Kalau Tak Pasti Terlanggar Mangsa…”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/fkmohamadkholim/videos/pcb.2750614344973109/2750613014973242/?type=3&theater

Siapa sangka jaket yang selama ini melindungi dari panas terik dan basah hujan akhirnya nyaris meragut nyawa . Itulah nasib yang menimpa seorang penunggang motosikal ini apabila jaket yang dipakainya dalam keadaan terbalik tersangkut pada tayar dan membelit lehernya menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terpelanting.

Insiden tersebut yang terakam melalui dashcam dan kemudiannya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Fatin Khalidah Mohamad Kholim kemudiannya tular.

Menurut Fatin, belitan jaket yang tersangkut tersebut menyebabkan saluran pernafasan mangsa tersekat sebelum suaminya dan beberapa orang memberikan bantuan.

Trend memakai jaket memang sudah menjadi kebiasaan di Malaysia dari dahulu.

“Jaket tersangkut pada tayar motor and membelit leher mangsa menyebabkan saluran pernafasan mangsa blocked. Keadaan mangsa memang nampak 50-50 masa suami dan seorang pakcik tu datang tolong.

Mangsa sedar beberapa minit kemudian berkat bantuan orang awam yang membantu membuat CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Alhamdulillah ramai rakyat Malaysia yg prihatin – Fatin Khalidah

Dia turut meluahkan rasa syukur kerana kereta yang dinaikinya bersama suami sempat membrek dari melanggar penunggang terbabit  malah dia menarik nafas lega kerana suaminya yang memandu ketika kejadian.

Orang ramai yang prihatin datang memberikan bantuan : Foto FB Fatin Khalidah

“Mujur masa kejadian, suami yang pandu dan segera bertindak keluar untuk menolong (mangsa). Hayyan Anaqi (anaknya) pun berada di dalam carseat dia masa tu. Kalau jadi kat diri sendiri sorang2, dengan kalut, berdebar, jadi blank tak tahu nak buat apa” katanya lagi.

Semoga penunggang ini sembuh sepenuhnya, dan diharapan penunggang motorsikal di luar sana menjadikan insiden ini sebagai iktibar. Pastikan pakaian dan aksesori di badan anda tidak menjadi potential threat kepada diri sendiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.