fbpx
Now Reading
Kami Di Ugut Jika Teruskan Mogok – Luah Rider Food Panda Kepada Syed Saddiq

Kami Di Ugut Jika Teruskan Mogok – Luah Rider Food Panda Kepada Syed Saddiq

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosial dan di akhbar utama apabila sejumlah Rider Foodpanda di beberapa negeri seperti Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Sabah melancarkan mogok disebabkan rasa tidak puas hati dengan sistem baru syarikat tersebut.

Menganggap perkara ini serius memandangkan itu adalah antara mata pencarian anak-anak muda ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang sentiasa lantang bila membabitkan isu mengenai gaji anak-anak muda telah bertindak menemui pengurusan tertinggi Food Panda untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.

Syed Saddiq sewaktu menemui pengurusan tertinggi Foodpanda Foto: IG

Usai pertemuan dengan Food Panda, dia kemudiannya tampil di media sosial meminta rider-rider tersebut atau wakil mereka untuk hadir ke rumahnya bagi satu sesi dialog untuk mengenal pasti punca permasalahan dari pihak Rider pula bagi memudahkan pihaknya untuk merangka check & balance bagi menjaga kebajikan mereka.

Hasil sesi dialog tersebut?

Bukan sahaja pendapatan mereka terjejas, malah ratusan Rider Foodpanda diugut pihak pengurusan syarikat tersebut.

Itu yang didakwa oleh wakil-wakil rider Food Panda dari Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sewaktu menemui Syed Saddiq Syed Abdul malam tadi.

Mohamad Faiz Padzil, salah satu wakil berkata, management Foodpanda mengugut akan membuang mereka yang menyertai mogok bantahan terhadap pelaksanaan skim pembayaran baharu syarikat itu.

Rider Food Panda yang mogok di Kota Kinabalu Sabah. Foto : FMT

“Kami memang tidak menentang mogok ini kerana hours kami telah ditarik sejak 30 Sept lalu. Walaupun kami tidak terikat dengan bayaran mengikut jam, kami tetap diugut di mana ID (pengenalan diri digital) akan disekat dan dihentikan.

“Bagi saya, mereka (Foodpanda) melakukan sesuatu yang tiada hak ke atas kami dan menjejaskan pendapatan kami,” katanya kepada portal Awani

Wakil rider dari Pulau Pinang, Syam turut mengiyakan kenyataan Faiz tersebut malah mengatakan perkara sama turut berlaku kepada mereka.

“Kami diugut sebelum mogok berlaku kelmarin, pada Ahad, ada pihak pengurusan dari Kuala Lumpur turun dan berjumpa dengan RC (wakil Foodpanda). Selepas itu (perjumpaan), keluar satu kenyataan bahawa sesiapa yang menjalankan mogok pada Isnin akan dibuang kerja atau dimansuhkan ID,” dakwanya.

Mogok oleh rider Foodpanda di Johor. Foto: PanduLaju

Lebih 100 penghantar makanan terdiri daripada wakil penghantar di Johor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur hadir pada sesi dialog selepas Syed Saddiq  menerusi media sosial menjemput wakil mereka ke rumahnya bagi membincangkan isu berkenaan

Dipetik dari Awani, beberapa isu lain turut dibangkitkan antaranya pengurusan Foodpanda didakwa langsung tidak berbincang dengan Rider mereka sebelum melaksanakan sistem baru tersebut, selain dari wakil Foodpanda yang tidak menghirau kebajikan dan aduan Rider. Selain itu isu pendapatan penghantar makanan yang susut sehingga RM500 hingga RM600 turut diperbincangan.

Sesi dialog di rumah Menteri KBS pada malam tadi Foto : Awani

Dalam skim baharu yang berkuatkuasa pada 1 Oktober itu,bayaran mengikut jam untuk penghantar makanan di luar Lembah Klang, akan dimansuhkan tetapi pada masa sama bayaran setiap pesanan dinaikkan kepada RM4.50 hingga RM7.

Ia berbeza dengan sebelum ini apabila penghantar dibayar RM4 sejam, dan mendapat bayaran tambahan bagi setiap pesanan, manakala bayaran pesanan adalah di antara RM3 hingga RM5 berdasarkan prestasi penghantar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.