fbpx
Now Reading
Zarina Zainuddin Akui Dianiaya Selepas Didenda RM 17,500 Namun Nafikan Ianya Produk Timbang Kilo

Zarina Zainuddin Akui Dianiaya Selepas Didenda RM 17,500 Namun Nafikan Ianya Produk Timbang Kilo

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon, Zarina Zainuddin semalam hangat diperkatakan ekoran didenda oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan berkaitan dengan produk kosmetik milik syarikatnya yang dikatakan tidak berdaftar.

Zarina dalam satu kenyataannya di Instagram mendakwa dia dianiaya oleh seseorang  sehingga menyebabkan rumahnya diserbu pihak kementerian kesihatan.

Zarina menerangkan semuanya bermula apabila seorang individu yang tidak dikenali menghubunginya meminta bantuan dalam menyelesaikan masalah kulit pada 9 Januari lalu.

“Individu itu call saya dan tanya mengenai produk itu. Saya cakap, saya kena tengok dulu kulit dia baru boleh cadang apa produk yang sesuai. Dia setuju untuk datang kejap lagi. Bila berjumpa saya tengok kulitnya elok saja tak ada pun jeragat atau kulit kusam.

“Saya sarankan whitening cleansing gel, whitening toner dan moisturiser, tapi dia cakap dia nak cerah, dia tak nak yang ni. Dia kemudian bertanya set percubaan ada tak sebab dia ada RM75 sahaja

“Saya cakap, ‘Adik produk ni untuk kulit yang kusam, yang ada jeragat’ Kulit dia tak perlu pakai produk itu. Tapi dia nak 3 in 1 tu juga sebab kawan dia pakai cantik dah kulitnya” tulis Zarina di Instagram.

Selang beberapa minit selepas pemergian individu tersebut , rumahnya diserbu sekumpulan piha berkuasa dari KKM.

“Selepas tiga minit satu team datang, Kami dari Kementerian Kesihatan baru sebentar tadi puan ada menjual satu set produk tanpa notifikasi (pendaftaran). Jadi kami nak buat pemeriksaan sekarang”

“Tercengang saya, Ya Allah awak ni aniaya saya betul, awak yang beria nak beli lepas tu awak kenakan saya. Saya mati-mati ingat awak ni orang baik-baik. Jahatnya awak berlakon macam tu”

Zarina turut menjelaskan dia termakan rayuan individu berkenaan memandangkan dia sudah lama tidak menjalankan perniagaannya yang sudah hampir 20 tahun sementara menunggu proses pendaftaran produk tersebut di KKM.

“Saya sebenarnya dah tak berniaga Addura ni sebab cuma pelanggan tetap sahaja saya jual tapi sebab cara awak tu meyakinkan, saya terpedaya dan awak pun datang rumah saya, bukannya saya ada kedai jual besar-besaran.

Saya sebenarnya dah tak berniaga Addura ni sebab cuma pelanggan tetap sahaja saya jual , Produk saya ni sedang dalam proses pendaftaran sebab produk itu pembekal yang daftarkan, bukannya saya guna produk timbang kilo. – Zarina Zainuddin

Baik-baik sikit bercakap tu. Saya baca komen sesuka hati saja orang hentam tak tahu apa-apa main cakap sahaja.

Produk saya itu baru tukar pembekal jadi kena daftar balik. Bukannya racun. Saya dah 20 tahun jual produk Addura, tak pernah pelanggan buat aduan. Sabar sajalah, susah-susah cari duit – Zarina

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.