fbpx

Ibu Sempat Campak Anak Ke Seat Belakang Sebelum Maut Kemalangan

Hajat seorang wanita,Surawati Mohd untuk menyambut ulang tahun kelahirannya bersama anaknya di Cameroon Highlands  tidak kesampaian apabila dia dan suami terkorban dalam satu kemalangan di  Kilometer 134, Jalan Kuantan-Seremban berhampiran Muadzam Shah, Rompin.

Menerusi Kosmo, apa yang lebih menghayatkan hati ialah, Surawati sempat mencampakkan anak bongsunya ke tempat duduk belakang sebelum  kereta mereka bertembung dengan sebuah lori.

Keluarga ini dalam perjalanan pulang ke kampung suami, Muhammad Noor.

Kaum keluarga tidak tahu mereka bertolak awak

Dipetik dari Berita Harian yang menghubungi adik Surawati, Syaidatul Afifah pasangan yang maut ini bersama tiga anak mereka yang tercedera sedang dalam perjalanan pulang ke kampung suami, Muhammad Noor Idham Ramli di Jempol Negeri Sembilan, sehari awal dari yang dijadualkan  tanpa diketahui  ahli keluarga yang lain

“Kakak memaklumkan mereka akan bertolak esok ke rumah mentuanya kerana anaknya tidak bersekolah malah keluarga abang ipar pun tak tahu lima beranak itu bertolak awal

“Mungkin lepas suaminya habis kerja awal pagi mereka terus bertolak ke Felda Lui dengan menaiki kereta Perodua Myvi” – kata Afifah

Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas bertembung dengan lori

Hajak Tak Kesampaian Sambut Ulang Tahun Bersama Anak Sulung

See Also

Wanita ini juga bercadang meraikan ulang tahun kelahirannya yang kebetulan dalam bulan yang sama dengan anak sulungnya.

“Mereka kemudiannya merancang mendaki sebuah puncak gunung di Cameron Highlands sebelum meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Aryan Rizqy(anak sulung) yang genap enam tahun pada Sabtu ini di pusat penganginan itu.

“Saya difahamkan kakak saya (Surawati) turut berhasrat meraikan sama ulang tahun kelahirannya ke-33 lebih awal yang sepatutnya pada 30 Oktober depan bersama-sama anak sulungnya pada hari berkenaan,” katanya kepada portal Kosmo.

Muhammad Noor dan Surawati gemar mendaki bawa 3 anak mereka mendaki bersama.

Arwah Muhammad Noor dan Surawati Mohd yang terkorban meninggalkan 3 orang anak, Arfaan Rakeen, Areesh Razeen dan Aryan Rizky yang dalam sekelip mata menjadi yatim piatu.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.