fbpx
Now Reading
Rihana Oksana Jual Cincin Kahwin RM1Juta Untuk Bayar Bil Perubatan

Rihana Oksana Jual Cincin Kahwin RM1Juta Untuk Bayar Bil Perubatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya kisah rumah tangga bekas Ratu Cantik Rusia, Rihanna Oksana dengan Sultan Muhammad V masih lagi tiada penghujungnya. Pelbagai kisah yang telah dikongsikan wanita ini bukan sahaja di Instagram miliknya malah  kepada media antarabangsa

Terbaru, bekas isteri kepada Sultan Kelantan itu memberitahu bahawa dia terpaksa menjual cincin perkahwinan miliknya yang bernilai £ 203,000 (RM1juta) kerana terdesak memerlukan wang.

Dipetik dari FMT, Rihanna mendakwa dia terdesak dan memerlukan wang selepas ditinggalkan ketika sedang hamil 4 bulan.  Turutnya lagi wang tersebut digunakan untuk menampung bil perubatannya semasa di Switzerland .

Wanita berkenaan turut mendedahkan yang dia hampir kehilangan anaknya semasa berada di dalam kandungan selepas berdepan beberapa kompilasi kehamilan

Daily Mail yang berpangkalan di UK turut melaporkan yang Rihanna turut mendakwa terpaksa menjual cincin berkenaan , rekaan Jacob Arabo tiga kali kurang daripada nilai asalnya

“Saya tidak akan menyatakan harga saya menjualnya, tetapi ia adalah tiga kali kurang daripada kosnya” kata Rihana.

Baby Leon, yang didakwa anak kepada Sultan Muhammad V Foto : Rihana Oksana

Sebelum ini, Rihana Oksana mendakwa dia bersama anaknya Leon sudah tidak bertemu Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu.

Rihana juga didakwa menuntuk sebuah rumah agam yang bernilai £8 Juta ( RM41.2) berserta nafkah untuk anaknya, Leon sebanyak £24,000 ( RM123,694) sebulan.

Baca artikel berkaitan : Rihana Tuntut Rumah Agam dan RM123 ribu setiap bulan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.