fbpx
Now Reading
Kepala Dua Beranak Mangsa Bunuh Kerat 8 Di Temui Di Atas Siling Rumah

Kepala Dua Beranak Mangsa Bunuh Kerat 8 Di Temui Di Atas Siling Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti tahu mengenai satu pembunuhan tragis yang melibatkan dua beranak yang dilaporkan berlaku di Melaka susulan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia , di Kampuang Ladang Krubong baru-baru ini.

Polis kemudiannya berjaya menahan suspek, yang merupakan suami mangsa, seorang warga Singapura pada Jumaat lalu dan kini sedang di reman bagi membantu siasatan.

Dipetik dari Harian Metro pihak berkuasa telah menemui kepala dua beranak tersebut yang difaham disorok di siling rumah sewa mereka  di Taman Merdeka Jaya,  Batu Berendam Melaka pada malam jumaat lalu.

“Kedua-dua bahagian kepala mangsa ditemukan di atas loteng rumah dua tingkat yang didiami mangsa bersama suaminya. “

“Keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik Hospital Melaka, malam kelmarin (Sabtu), untuk pengesahan,” turut sumber kepada portal berkenaan.

Semalam , 13 Oktober, Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim tidak dapat mendedahkan penemuan tersebut kerana dikhuatiri ianya akan menggangu siasatan.

Beliau bagaimanaun menjelaskan usaha mencari bahagian pergelangan tangan masih berjalan setelah difahamkan bahagian tersebut di buang ke dalam tong sampah.

Dipetik dari Astro Awani, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tidak terhidu sebarang bau yang mencurigakan walaupun mangsa telah di bunuh sejak lebih lima hari sebelum badannya ditemui.

“Saya terkejutlah tengok laporan ada yang kata kepala jumpa dalam rumah kerana tiada apa-apa bau yang pelik.

“Tong sampah pun polis dah angkat sebab saya dengar-dengar dia ada juga buang sikit (anggota badan) dalam tong itu,” katanya yang menyifatkan peribadi keluarga berkenaan sebagai sebuah keluarga penyayang.

Media sosial sebelum ini hangat memperkatakan mengenai satu laporan pembunuhan seorang wanita berumur 27 serta anak lelakinya 11 tahun yang dikatakan dibunuh oleh suaminya sendiri yang merupakan warga Singapura.

Kedua mangsa dikatakan dibunuh di rumah mereka dan bahagian badan mereka kemudiannya dicampak di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong sebelum di temui seorang pemotong rumput yang bekerja di kawasan terbabit.

Baca artikel berkaitan : Kes Mangsa Bunuh Dikerat Lapan, Henti Sebar Gambar Adik Saya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.