fbpx
Now Reading
Wanita Ditahan Dan Nyaris Di Penjara Kerana Kerap Mengarah Dan Membebel Pada Suami

Wanita Ditahan Dan Nyaris Di Penjara Kerana Kerap Mengarah Dan Membebel Pada Suami

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Melayari bahtera perkahwinan tidak semudah yang disangka. Ianya memerlukan anda dan pasangan untuk bertolak ansur dan saling memahami  agar rumahtangga kekal bahagia.

Walaupun sudah berkahwin puluhan tahun, pergaduhan kecil tidak mustahil akan berlaku walau hanya kerana perkara kecil.

Itu yang terjadi kepada pasangan di Yorkshire, Utara England ini. Namun keadaan mereka lebih teruk dari yang disangkakan apabila si isteri, Valerie Sanders, 59 telah ditahan dan nyaris dipenjarakan oleh pihak berkuasa atas kesalahan sering berleter dan  kerap mengarah suamiya untuk melakukan kerja-kerja rumah.

Valerie, bagaimapun menafikan dakwaan tersebut malah menyifatkan permintaan nya kepada suami, Michael seorang pengurus gym, untuk membantu memvakum rumah hanyalah perkara biasa dan tidak menyalahi undang-undang memandangkan lelakinya terlalu obses dengan aktiviti ‘membina badan’ sehingga terlupa segalanya.

“Saya hanya minta suami memvakum rumah, membuat kopi dan mengelap pintu.

“Jika itu dianggap berleter, saya mengakuinya. Tetapi meminta suami untuk tolong memvakum, saya rasa ia bukan satu kesalahan jenayah.

Valerie mendakwa suaminya terlalu obses membina badan sehingga terleka dengan kehidupan

Valerie turut mendakwa dia dilayan seperti seorang penjenayah dan di tahan di lokap selama 17 jam hanya disebabkan perkara itu.

“Saya menghargai perkahwinan ini namun suami tetap melayan saya dengan cara sendiri”

Pendakwaan terhadap Valerie bagaimapun telah digugurkan selepas saksi utama iaitu suaminya berubah fikiran dan tidak ingin meneruskan kes berkenaan.

Pasangan ini difahamkan akan berpisah dalam masa terdekat dan sudahpun tinggal berasingan selepas Valerie ditahan tempoh hari.

“Segalanya musnah selepas segala kasih saying dan perhatian diberikan kepadanya demi menyelamatkan hubungan ini”, katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.