fbpx
Now Reading
Lari Dari Polis Selepas Kantoi Bercumbu, Kereta Terbabas Dalam Longkang

Lari Dari Polis Selepas Kantoi Bercumbu, Kereta Terbabas Dalam Longkang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana keseronokan sementara, sepasang kekasih nyaris lemas selepas kereta Perodua Bezza dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri dari pemeriksaan pihak polis selepas di lihat bercumbuan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLLB) malam tadi.

Tidak cukup dengan itu sahaja, pasangan ini juga dikatakan telah merempuh seorang penunggang motorsikal sehingga cedera parah sebelum terbabas ke dalam longkang di Kilometer 11.1  BORR

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor dakam satu kenyataan berkata, sebelum itu, polis melakukan pemeriksaan ke atas kereta mereka yang berada di lorong kecemasan lebuh raya itu.

“Mereka dikatakan sedang bercumbu di dalam kereta. Menyedari kehadiran polis, pemandu kereta takut dan bertindak memecut melarikan diri menghala ke arah Plaza Tol Bagan Ajam arah Sungai Dua sebelum dikejar polis.

“Suspek juga bertindak melanggar palang tol dan sebaik sampai di KM11.1 lebuh raya itu, kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebuah motosikal Y15Zr  yang berada di laluan yang sama,” katanya.

Turut beliau lagi, kereta yang di pandu suspek dan motosikal yang dirempuhnya terhumban ke dalam longkang  yang dipenuhi air  yang terletak di tepi lebuhraya.

Nororzainy berkata pasangan berkenaan yang merupakan penuntut di sebuah institusi kemahiran kemudiannya ditahan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.