fbpx
Now Reading
Petisyen Agar Maszlee Kekal Menteri Pendidikan Kini Raih 300k Tandatangan

Petisyen Agar Maszlee Kekal Menteri Pendidikan Kini Raih 300k Tandatangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suatu petisyen dalam talian yang menggesa agar Dr Maszlee Malik terus kekal sebagai Menteri Pendidikan yang difahamkan dilancarkan petang tadi telah mendapat sambutan yang begitu hangat.

Petisyen berkenaan yang mula di lancarkan oleh seseorang yang bernama Tuah Kencana setakat artikel ini ditulis telah mengumpulkan 305,000 tandatangan.

Pada petisyen berkenaan turut tertulis beberapa sumbangan yang telah dilakukan oleh Maszleen antaranya “sifar sekolah daif, program sarapan pagi percuma, program pertukaran guru ‘suka sama suka’, penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU, perkhidmatan Internet kelajuan tinggi, peningkatan program TVET dan menjaga kebajikan guru-guru.”

Selain itu diturut dinyatakan : “Keputusan meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara.

“Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar YB Perdana Menteri sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan YB Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan Malaysia”

Menurut petisyen itu lagi, peranan dan usaha Maszlee sebagai menteri pendidikan “telah dibayangi dengan laporan-laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.”

“Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru-guru dan masyarakat.

“KPM dibawah kemudi YB (Maszlee) telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan,” tulis pada petisyen itu lagi.

Semalam dalam satu sidang media khas di Putrajaya, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan. Beliau berkata keputusan itu diambil selepas pertemuan dengan Tun Mahathir yang dbeliau sifatkan sebagai ayahanda nya.

Baca artikel berkaitan : Dr Maszlee Malik Umum Letak Jawatan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.