fbpx
Now Reading
Kento Momoto Dan Tiga Lagi Penumpang Cedera, Pemandu Maut Kemalangan Di MEX Highway

Kento Momoto Dan Tiga Lagi Penumpang Cedera, Pemandu Maut Kemalangan Di MEX Highway

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemain badminton No 1 Dunia, Kento Momota, mengalami kecederaan patah tulang hidung dan bahagian muka akibat terlibat dalam kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX), di sini, sekitar 4 pagi ini.

Ketika kejadian van yang dinaiki Momota dan pegawai sukan dari Persatuan Badminton Jepun (Japan BA) dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Norazam Khamis dipetik Bernama berkata, pemandu van berkenaan  Bavan a/l Nageswarau yang tersepit bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang yang lain hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan dalam satu kenyataannya berkata, pemain nombor satu dunia itu kini berada dalam keadaan stabil. Mengulas lanjut Momota menaiki van bersama Pegawai Teknikal BWF Wiliam Thomas, Pembantu Jurulatih Jepun Akifumi Marimoto dan Pegawai Fisioterapi Jepun Yu Hirayama.

Keadaan van berkenaan . Sumber : JBPM

“Thomas mengalami kecederaan di bahagian kepala (tujuh jahitan) dan luka di bahagian kaki kanan dan paha.

“Marimoto mengalami patah tangan manakala Hirayama luka di bahagian muka dan sebelah kaki kanan.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil ketika ini.

Pada Ahad, Momota merangkul gelaran juara Malaysia Masters 2020 selepas menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen 24-22, 21-11 dalam aksi final di Arena Axiata Bukit Jalil.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendapat perkhabaran kemudiannya menziarah mangsa di hospital itu kira-kira pukul 10 pagi ini bagi melihat situasi dan memberi bantuan kepada semua yang terlibat.

“Doakan semua mangsa mendapat rawatan dan kesihatan yang baik-baik,” katanya dalam satu kenyataan ringkas

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.