Lelaki Paksa Wanita Lakukan Hubungan Seks Ditikam Sehingga Maut

Pihak polis menahan seorang wanita kerana dipercayai menikam seorang lelaki ketika dipaksa melakukan hubungan seks di Kuala Krai, Kelantan.

Suspek berusia 28 tahun itu dikatakan telah menikam mangsa sebanyak tiga kali di bahagian perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya menerima maklumat sekitar jam 6.30 petang pada Isnin lalu (1 April) bahawa seorang lelaki ditemukan terbaring dan tidak sedarkan di hadapan tandas awam di Dataran Lemang Manek Urai daerah itu.

“Hasil siasatan awal terhadap mangsa yang berusia 45 tahun itu mendapati ada kesan tikaman pada bahagian perut, namun tiada sebarang kesan darah dijumpai di lokasi lelaki terbabit ditemui.”

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun

Mangsa Suspek Berkait Kes Kurungan Salah Wanita

Di samping itu, beliau memaklumkan bahawa semakan rekod mendapati mangsa adalah seorang suspek dalam satu kes kurungan salah terhadap seorang wanita di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, katanya siasatan polis mendapati kejadian kes kurungan salah itu berlaku pada 28 Mac lalu. Mangsa telah membawa seorang wanita, iaitu suspek, dari Sungai Tong di Setiu, Terengganu ke beberapa kawasan di sekitar Kuala Krai, ujarnya dalam satu kenyataan hari ini (3 April).

Beliau juga memaklumkan suspek berjaya melepaskan diri daripada pengawasan mangsa. Kemudian, mangsa dipercayai telah melarikan diri.

Abdomen & Usus Najis Terkena Tikaman Pisau

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di daerah sama untuk tujuan bedah siasat, lapor Berita Harian.

Menurut Muhamad Zaki, kematian mangsa disebabkan oleh luka di bahagian perut yang mana tikaman pisau tersebut telah menembusi abdomen dan terkena usus najis.

Katanya lagi, kegagalan mangsa mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan menyebabkan luka dalam dijangkiti kuman dan menjadi lebih parah.

“Mangsa turut mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik. Kes disiasat bawah Kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun

Recent Posts

  • Trending

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…

12 hours ago
  • Trending

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…

12 hours ago
  • Trending

“Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…

13 hours ago
  • Trending

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…

13 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan

Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…

14 hours ago
  • Trending

Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…

14 hours ago