fbpx
Now Reading
Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna Lebuhraya Karak dan pegawai peronda LPT.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan puluhan kereta tersadai di Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kerana mengalami kerosakan tayar selepas terkena objek besi tajam yang bertaburan di atas lebuh raya berkenaan.

Kejadian terbabit dikatakan berlaku pada malam 29 April lalu dan kesemua kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan seperti tayar pancit dan koyak.

Objek tajam rupanya besi skrap bertaburan yang dibawa oleh lori

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan objek terbabit merupakan serpihan besi skrap bertaburan yang dibawa oleh sebuah lori.

Menurutnya, pihak polis telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna lebuh raya dan pegawai peronda LPT.

“Siasatan polis mendapati pada hari sama (29 April), sebuah lori dari Balakong, Selangor menuju Gebeng, Kuantan membawa muatan besi skrap yang jatuh ke atas jalan raya.

“Polis dapat mengesan pemandu lori itu semalam (1 Mei) dan lelaki berusia 27 tahun itu hadir ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong hari ini, bagi membantu siasatan,” katanya dipetik Berita Harian semalam (2 Mei).

Tiada kecederaan dialami pemandu dan penumpang akibat kejadian itu

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan kepada pemandu dan penumpang akibat kejadian itu, namun kenderaan-kenderaan milik mereka mengalami kerosakan.

“Siasatan kes ini dijalankan di bawah Rule 19 LN 166/59 dan kejadian turut tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Tular video lelaki dakwa paku bertaburan jadi punca hampir 30 kereta rosak

Sebelum ini, tular di media sosial video seorang lelaki yang juga mangsa dalam kejadian berkenaan mendakwa hampir 30 biji kenderaan tersadai akibat rosak pada bahagian tayar kerana terkena objek seperti paku di atas jalan berkenaan.

Dakwa lelaki itu lagi, objek besi tajam yang dikatakan paku itu juga kelihatan seperti dari jenis yang sama pada setiap tayar kereta yang rosak.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.