fbpx

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Islam merupakan agama rasmi Malaysia dan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 3. Namun, ia tidak bermaksud agama lain dilarang untuk diamalkan di negara ini.

Berdasarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam atau disifatkan telah meninggalkan Islam sebagai agamanya melainkan jika dan sehingga dia telah memperoleh pengisytiharan bagi maksud itu di Mahkamah Tinggi Syariah.

Mahkamah Persekutuan Kekal Status Agama Islam Seorang Wanita

Hari ini (3 Mei), Mahkamah Persekutuan menolak rayuan seorang wanita untuk mengetepikan keputusan mahkamah rayuan berhubung status agamanya sebagai Islam.

Keputusan majoriti 2-1 itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Abu Bakar Jais manakala keputusan majoriti ditentang oleh Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Wanita itu sebelum ini membuat rayuan terhadap keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan pada 13 Januari 2023 yang mengembalikan statusnya sebagai individu yang beragama Islam.

Menurut Thiam Suan, wanita itu ditukar agama kepada Islam ketika berusia lima tahun pada 17 Mei 1991.

“Wanita itu bawah umur dan belum baligh ketika ditukar agama oleh ibunya yang jelas tidak sah.

“Identiti wanita itu mengikut perlembagaan kekal dengan agama ketika dilahirkan,” katanya.

Masih Kecil Ketika Diislamkan, Amal Kepercayaan Hindu

Menurut wanita berkenaan, dia masih kecil sewaktu ibunya bertindak mengislamkan dirinya pada 17 Mei 1991.

Tambah wanita itu lagi, ibunya berkahwin dengan seorang lelaki beragama Islam selepas bercerai dengan bapa kandungnya.

Namun, ibu dan bapa tirinya membenarkan dia untuk mengamalkan kepercayaan Hindu yang dianuti sejak lahir walaupun telah memeluk agama Islam.

Mohon Pengisytiharan Tidak Lagi Beragama Islam

Dia kemudiannya memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi mendapatkan pengisyhtiharan bahawa dia tidak lagi beragama Islam pada 12 Disember 2013.

Namun, permohonannya itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 20 Julai 2017 dan Mahkamah Rayuan Syariah pada 1 Ogos di tahun yang sama.

Wanita itu kemudian berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam.

Walau bagaimanapun, keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Selangor.

Dia kemudiannya mendapat kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan pada 23 Mei 2023 dan membangkitkan enam persoalan undang-undang yang perlu diputuskan oleh mahkamah. 

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.