Rumah Pemain Pertahanan Selangor FC Dipecah Masuk, Motosikal & Pasport Turut Dilarikan

Sejak akhir-akhir ini, sering kali kedengaran kes yang melibatkan pemain bola sepak menjadi sasaran penjenayah.

Bermula dengan insiden pukul dan samun pemain Terengganu FC Akhyar Rashid, diikuti dengan kejadian simbah asid pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim serta kejadian pecah cermin kereta milik bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim pada awal Mei lalu.

Terbaharu, pemain pertahanan Selangor FC Ahmad Khuzaimi Piee turut mengalami nasib yang sama apabila kediamannya dilaporkan dipecah masuk.

Rumah Dipecah Masuk, Motosikal & Beg Antara Barang Yang Hilang

Menerusi hantaran di Insta Story miliknya, dia berkongsi keadaan rumahnya selepas kejadian itu berlaku serta laporan polis yang dibuat dalam kira-kira jam 11.30 malam pada 22 Mei.

Khuzaimi didakwa menyedari kejadian itu selepas pulang dari sesi latihan di Pusat Latihan Selangor kira-kira jam sembilan malam setelah mendapati pintu pagar depan dan belakang rumahnya terbuka.

“Pada jam lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah saya dapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka.

“Saya buat pemeriksaan di dalam rumah dan mendapati ada barang-barang yang telah hilang seperti motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport.

“Hasil pemeriksaan awal anggaran dan lain-lain kerugian saya tidak pasti,” menurut laporan polis yang dibuatnya.

Polis Buru Dua Suspek

Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya sedang memburu dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Siasatan awal mendapati suspek menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih untuk melarikan motosikal milik mangsa.

“Dua suspek dipercayai datang menggunakan MPV dengan seorang daripadanya melarikan motosikal manakala seorang lagi memandu MPV ketika meninggalkan rumah mangsa.

“Semasa kejadian, mangsa dan ahli keluarga tiada di rumah,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Mohon Kerjasama Orang Ramai Salurkan Maklumat

Jelas Mohd Iqbal lagi, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan dan menangkap suspek dengan kadar yang segera.

Malah, beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan agar menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Laymand Rayne di talian 014-6907071.

Jelas beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Baca Artikel Berkaitan: Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Baca Artikel Berkaitan: Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

24 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago