11 Juta Dewasa Di Malaysia Alami Masalah Berat Badan Berlebihan

Umum mengetahui Malaysia mempunyai banyak jenis makanan, malah seseorang tidak perlu terbang jauh untuk mendapatkan makanan dari sesebuah negara seperti Korea, Jepun, Arab dan sebagainya.

Ini kerana, semua jenis makanan dari negara itu dapat dicari di negara ini selain ia juga turut mempunyai makanan tradisi daripada kaum etnik yang berada di Malaysian.

Pun begitu dalam kemeriahan makanan yang boleh didapatkan di negara ini, Malaysia turut berdepan dengan masalah obesiti dan berat berlebihan khususnya di kalangan dewasa.

11 juta individu dewasa alami masalah berat badan berlebihan

Terbaharu Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2023 mendapati sekitar 11 juta individu mengalami masalah berat badan yang berlebihan atau obes.

Menurut laporan terbabit seramai 54.4% golongan dewasa di Malaysia mempunyai masalah berat berlebihan dan jumlah itu dilaporkan meningkat sebanyak 3% berbanding tahun 2019 yang mencatat jumlah sebanyak 50.1%, lapor Sinar Harian.

Penduduk di negara ini dianggarkan mempunyai seramai 22 juta rakyat dari golongan dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Menerusi laporan itu juga kelihatan rekod trend berat badan berlebihan serta obesiti dalam golongan dewasa di negara ini meningkat sebanyak 10% antara tahun 2011-2023.

Sumber foto: via Sinar Harian

Obesiti dan berat berlebihan berisiko alami penyakit lain

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut membuat hantaran dengan memuat naik satu graf memaparkan peratus kegemukan rakyat di negara ini.

Malah masalah obes serta berat berlebihan ini berisiko untuk berdepan dengan penyakit lain seperti diabetes, hipertensi, kolestrol tinggi serta sakit jantung.

Selain itu, KKM turut meminta orang ramai khususnya mereka yang berdepan dengan masalah berkenaan untuk segera bertindak dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Bertindak sekarang, obesiti bukan satu kebiasaan!

“Makan secara sihat, bergerak secara aktif, jauhi rokok dan alkohol,” tegasnya di laman X.

Malaysia ditangga kedua Asia Tenggara paling tinggi alami masalah berat badan berlebihan

Menurut Sinar Harian lagi, terdahulu sekitar Mac 2024 Malaysia telah di kategorikan sebagai negara kedua tertinggi di Asia Tenggara mengalami masalah berat badan berlebihan iaitu sebanyak 19.7 % berdasarkan data laporan The World Factbook yang dikeluarkan oleh Central Intelligence Agency pada tahun 2016-2024.

Manakala Brunei menduduki tempat pertama dengan rakyat 28.2% rakyatnya mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

Tempat ketiga pula diikuti oleh Singapura, Filipina, Indonesia serta Vietnam dengan 11.6%.

Baca artikel berkaitan: Separuh Golongan Dewasa Di Malaysia Hadapi Masalah Obesiti – KJ

Baca artikel berkaitan: Nak Turun Berat Badan? Lihat Gambar Makanan Boleh Bantu Kawal Rasa Lapar, Kata Penyelidik

Recent Posts

  • Trending

Aksi BMW Biru Dipandu Laju & Cucuk Kereta Depan Sebelum Langgar Divider Curi Perhatian [Video]

Menerusi video, kelihatan kereta BMW mengikut rapat kenderaan di hadapannya selain turut menyalakan lampu hazard…

13 hours ago
  • News
  • Trending

65% Pekerja Di Malaysia Akui Tekanan Kewangan Beri Kesan Kepada Prestasi Kerja – Kajian AKPK

Menurut CEO AKPK, kajian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati wujud hubungan di antara kesejahteraan kewangan…

13 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

Lelaki Di Indonesia Bakar Isteri Hidup-hidup Depan Jiran Tetangga

Difahamkan, kejadian itu turut tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang…

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Takkan Tutup Mata”- Aizat Amdan Tak Nak Pergi Ke Konsert Bruno Mars

Menurut Aizat, dia tidak akan 'menutup mata' selain merasakan tiada keperluan buatnya untuk menyokong produk…

14 hours ago
  • Trending

Nizam Jentik Jentik Kongsi Kisah Jadi Saksi Kemalangan Maut, Sebak Jawab Panggilan Isteri Mangsa

Apa yang lebih memilukan adalah isteri mangsa kemalangan membuat panggilan kerana berasa tidak sedap hati.

15 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Greece Mula Laksanakan Peraturan Kerja 6 Hari Seminggu, Mahu Tingkatkan Produktiviti

Para pekerja dari sektor terlibat diberi pilihan untuk bekerja tambahan dua jam pada setiap hari…

16 hours ago