fbpx
Now Reading
Jumpa Daging Babi Dalam Sungai, Nelayan Buat Laporan Polis

Jumpa Daging Babi Dalam Sungai, Nelayan Buat Laporan Polis

Menurut salah seorang nelayan tempatan, dia mendakwa ternampak daging babi tersebut hanyut dibawa arus kira-kira jam 5.30 petang pada Sabtu (8 Jun) yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi segelintir individu, antara jalan mudah untuk menghapuskan sisa buangan adalah dengan cara membuang sisa tersebut ke dalam sungai.

Mereka beranggapan dengan cara ini, sampah yang dibuang dapat dihapuskan dengan mudah tanpa perlu bersusah payah.

Namun, mereka tidak sedar bahawa tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh mendatangkan kesusahan kepada orang lain.

Temui Daging Babi Ketika Periksa Pukat

Terbaharu, sekumpulan nelayan dari Kampung Setelu, Kampung Pasir Tumbuh dan Kampung Bertam Gua Musang Kelantan membuat laporan polis setelah menemui daging yang dipercayai daging babi dalam Sungai Nenggiri.

Menurut salah seorang nelayan tempatan Zulkifli Junuh, dia mendakwa ternampak daging haiwan tersebut hanyut dibawa arus kira-kira jam 5.30 petang pada Sabtu (8 Jun) sewaktu memeriksa pukat yang dipasangnya sebelum memberitahu rakan yang lain.

“Setelah pulang ke rumah baru saya dapat tahu hantaran yang tular di Facebook mengenai daging babi dibuang ke dalam sungai yang dimuat naik oleh penduduk yang melihat kejadian itu,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Jelas Zulkifli, sebuah lori yang membawa muatan dipercayai daging babi sejuk beku bertaburan di jalan di Gua Musang – Jeli selepas dinding kenderaan tersebut tercabut ketika dalam perjalanan dari Tanah Merah menuju ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur.

Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Jejas Pendapatan

Dalam pada itu, Ketua Jaringan Nelayan Darat bagi Kampung Pulau Setelu Zakaria Omar, meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang dilihat tidak sensitif dan menyebabkan punca pendapatan bagi nelayan dari tiga kawasan berhampiran terjejas.

“Sudah 20 tahun saya mencari rezeki di sungai ini, saya amat kecewa. Kita tahu daging itu akan dimakan oleh ikan baung dan ikan kenerak di dalam Sungai Kuala Lah dan Sungai Nenggiri yang akan ditangkap oleh kami untuk dijual,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial, video yang menujukkan muatan lori yang dipercayai 50 ekor babi sejuk beku bergelimpangan di atas jalan raya selepas kenderaan itu terlibat dengan kemalangan berhampiran Kampung Kuala Tool pada Sabtu yang lalu.

Difahamkan, muatan itu bertaburan selepas dinding kenderaan terbabit tercabut namun pemandu lori tersebut tidak mengalami kecederaan.

Lori terbabit kemalangan, muatan daging babi sejuk beku bergelimpangan GUA MUSANG: Sebuah lori yang membawa muatan hampir 50 ekor daging babi sejuk beku terbabit dengan kemalangan di Kampung Kuala Tool, di sini hari ini menyebabkan daging babi itu bergelimpangan di atas jalan. Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi itu, lori itu terbabit kemalangan apabila dinding sebelah kirinya tercabut. Kerja-kerja mengalihkan daging babi sejuk beku terbabit dilakukan oleh lima orang asli yang tinggal berhampiran kawasan itu. Difahamkan sehingga jam 4 petang tadi kerja-kerja mengalihkan daging terbabit masih belum selesai. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkenaan kejadian terbabit. 08 Jun 2024, 4:43pm – BuletinTV3

Posted by Mohd Kamal on Saturday 8 June 2024

Baca Artikel Berkaitan: Isu Beri Hadiah Cenderahati Mi Segera Perisa Daging Babi, Penganjur Tampil Minta Maaf

Baca Artikel Berkaitan: Kecewa Cinta Tak Berbalas, Pelajar China Hantar Sekilo Daging Babi Kepada Wanita Muslim Di UK

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.