Perselisihan Faham Dipercayai Motif 3 Remaja Dilarikan, Dipukul & Dirakam Gambar Bogel

Semalam (17 Jun), media melaporkan tiga remaja lelaki mendakwa telah dilarikan, dipukul dan dirakam gambar bogel oleh sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di bandar Johor Bahru.

Menurut pihak polis, mangsa mendakwa telah didatangi seramai 10 orang lelaki termasuk seorang yang dikenali sebelum dilarikan ke sebuah kawasan yang tidak dikenal pasti.

Didakwa memukul & merakam gambar bogel mangsa

Kumpulan individu berkenaan didakwa telah memukul dan merakam gambar bogel mangsa selain turut mengugut untuk menyebarkan gambar berkenaan sebelum melarikan diri dengan membawa barangan peribadi mangsa.

Mangsa dilaporkan mengalami lebam di bahagian muka serta tangan dan telah diselamatkan orang awam dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Susulan itu seramai 4 individu telah ditahan.

Memetik laporan Harian Metro, empat yang ditahan merupakan warga tempatan termasuk tiga juvana yang berusia 15 hingga 20 tahun. Mereka ditahan di Skudai pada jam 8 malam tadi.

Polis temui barang milik mangsa dalam kenderaan yang dirampas

Polis turut menemui barangan milik mangsa dalam kenderaan yang dirampas. Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan mendatangkan kecederaan dengan senjata.

Selain itu, siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.

Motif dipercayai perselisihan faham

Terbaharu, polis memaklumkan motif insiden berlaku dipercayai disebabkan perselisihan faham.

Jelas Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar empat tangkapan baharu berkaitan kes juga telah dijalankan buat masa ini.

Polis juga dalam proses mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Ada empat tangkapan baru dan menjalani proses reman serta siasatan.

“Di peringkat siasatan awal, motif dipercayai perselisihan faham di antara mangsa dan beberapa suspek,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

22 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago