fbpx
Now Reading
Pengusaha Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing Berdepan Denda RM1 Juta & Penjara

Pengusaha Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing Berdepan Denda RM1 Juta & Penjara

Menurut Pengarah KPDN Melaka, alasan pengusaha stesen minyak itu bahawa pam petrol yang diisi warga asing tersebut agak terselindung tidak boleh diterima.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu ketirisan minyak petrol bersubsidi RON95 yang digunakan oleh kenderaan luar negara bukanlah sesuatu yang baharu, bahkan sebelum ini telah banyak video-video yang memaparkan kejadian berkenaan.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang warga asing menggunakan minyak petrol RON95 di salah sebuah stesen minyak di Melaka.

Tular warga asing isi minyak RON95, KPDN Melaka buka kertas siasatan

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dam Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka telah membuka satu kertas siasatan berhubung perkara itu.

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, pihaknya menerima gambar kejadian tular itu pada Ahad lalu (16 Jun) di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah yang berlaku sekitar jam 4.35 petang.

Pengusaha stesen minyak bagi alasan tak perasan

Menurutnya, alasan pengusaha stesen minyak itu bahawa pam petrol yang diisi warga asing tersebut agak terselindung tidak boleh diterima.

Ujar Norena, ini kerana mereka sepatutnya boleh memantau setiap pengisian minyak menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis berkenaan.

Menurutnya lagi, tindakan warga asing terbabit mengisi minyak bersubsidi telah ditegur seorang pemandu e-hailing sebelum individu berkenaan kemudiannya dengan tergesa-gesa meninggalkan stesen minyak tersebut.

“Kita terus buka kertas siasatan untuk membuat pertuduhan sebab semua pengusaha dan pekerja stesen minyak telah tahu bahawa larangan pembelian oleh kenderaan nombor pendaftaran warga asing tidak dibenarkan membeli RON95.

“Semua stesen minyak ada notis larangan tersebut yang telah berkuatkuasa pada 17 Jun 2022, jadi tak ada isu pengusaha atau pekerja tidak tahu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Warga asing isi minyak guna kad prabayar

Berkongsi lanjut, beliau berkata hasil semakan CCTV juga mendapati lelaki warga asing itu membuat pembayaran pengisian minyak RON95 berjumlah RM23.17 menggunakan kad prabayar.

Ujarnya, ini merupakan kes pertama yang dilaporkan di Melaka dan tindakan dijalankan mengikut Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Peraturan 21(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Pengusaha stesen minyak boleh didenda RM1 juta atau penjara

Jelasnya, pengusaha stesen minyak tersebut boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

“KPDN Melaka memberi amaran keras kepada semua pengusaha stesen minyak di seluruh negeri ini agar mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.