Pengusaha Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing Berdepan Denda RM1 Juta & Penjara

Isu ketirisan minyak petrol bersubsidi RON95 yang digunakan oleh kenderaan luar negara bukanlah sesuatu yang baharu, bahkan sebelum ini telah banyak video-video yang memaparkan kejadian berkenaan.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang warga asing menggunakan minyak petrol RON95 di salah sebuah stesen minyak di Melaka.

Tular warga asing isi minyak RON95, KPDN Melaka buka kertas siasatan

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dam Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka telah membuka satu kertas siasatan berhubung perkara itu.

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, pihaknya menerima gambar kejadian tular itu pada Ahad lalu (16 Jun) di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah yang berlaku sekitar jam 4.35 petang.

Pengusaha stesen minyak bagi alasan tak perasan

Menurutnya, alasan pengusaha stesen minyak itu bahawa pam petrol yang diisi warga asing tersebut agak terselindung tidak boleh diterima.

Ujar Norena, ini kerana mereka sepatutnya boleh memantau setiap pengisian minyak menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis berkenaan.

Menurutnya lagi, tindakan warga asing terbabit mengisi minyak bersubsidi telah ditegur seorang pemandu e-hailing sebelum individu berkenaan kemudiannya dengan tergesa-gesa meninggalkan stesen minyak tersebut.

“Kita terus buka kertas siasatan untuk membuat pertuduhan sebab semua pengusaha dan pekerja stesen minyak telah tahu bahawa larangan pembelian oleh kenderaan nombor pendaftaran warga asing tidak dibenarkan membeli RON95.

“Semua stesen minyak ada notis larangan tersebut yang telah berkuatkuasa pada 17 Jun 2022, jadi tak ada isu pengusaha atau pekerja tidak tahu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Warga asing isi minyak guna kad prabayar

Berkongsi lanjut, beliau berkata hasil semakan CCTV juga mendapati lelaki warga asing itu membuat pembayaran pengisian minyak RON95 berjumlah RM23.17 menggunakan kad prabayar.

Ujarnya, ini merupakan kes pertama yang dilaporkan di Melaka dan tindakan dijalankan mengikut Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Peraturan 21(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Pengusaha stesen minyak boleh didenda RM1 juta atau penjara

Jelasnya, pengusaha stesen minyak tersebut boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

“KPDN Melaka memberi amaran keras kepada semua pengusaha stesen minyak di seluruh negeri ini agar mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Trending

Nilofa Group Mohon Maaf, Padam Semua Iklan Berunsur Lucah

Nilofar Group yang didakwa milik Neelofa berkata, pihaknya akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan konten…

2 days ago
  • Trending

Remaja Nigeria Fasih Cakap Kelantan Buat Ramai Kagum [Video]

Jelas Muhammad, dia mempelajari loghat tersebut daripada rakan-rakan yang dikenalinya ketika tinggal di Kelantan.

2 days ago
  • Trending

“Bruno Mars, Anda Tidak Dialu-alukan Di Malaysia” – BDS Malaysia

BDS Malaysia dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kenyataan dan aktiviti penyanyi R&B itu yang lalu,…

2 days ago
  • Trending

Momen Ayah Minta Izin Nikahkan Satu-Satunya Anak Perempuan Bikin Ramai Sebak [Video]

Si ayah cuba untuk menutup kesedihan dengan senyum dan tawanya, namun gagal apabila air matanya…

2 days ago
  • Gaya Hidup

Coach Play Ipoh Jadi Tarikan Baru Di Perak Dengan Vibe Ala-ala Campsite, Masuk Percuma Je! [Video]

Antara tumpuan yang ada di Coach Play Ipoh adalah The Coach Coffee Shop dan pelbagai…

2 days ago
  • Trending

“Tak Sangka Rupanya Luas Betul” – Ramai Terpegun Lihat Ruang Dalaman Rumah Panjang Di Sarawak [Video]

Difahamkan, rumah panjang yang ditunjukkan ini mempunyai lapan bilik iaitu lebih banyak berbanding kebanyakan rumah…

2 days ago