fbpx
Now Reading
‘Telur Paling Banyak Dimakan’ -PM Anwar Ibrahim Jelas Rasional Harga Telur Turun

‘Telur Paling Banyak Dimakan’ -PM Anwar Ibrahim Jelas Rasional Harga Telur Turun

Pengumuman penurunan harga telur yang berkuatkuasa pada Isnin (17 Jun) selaras dengan usaha kerajaan untuk mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Isnin (17 Jun) yang lalu, kerajaan mengumumkan harga runcit bagi semua telur jenis gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan sebanyak 3 sen sebiji.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi Hari Raya Aidiladha itu menjadikan harga runcit baharu bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing dijual dengan harga 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji di Semenanjung Malaysia.

Manakala, harga runcit bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diselaraskan mengikut bahagian dan zon yang diwartakan.

Pengumuman penurunan harga telur yang berkuatkuasa pada hari yang sama itu selaras dengan usaha kerajaan untuk mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

“Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu menjawab teka-teki orang ramai mengenai berita baik yang akan diumumkan oleh Anwar.

Telur Paling Banyak Dimakan Oleh Rakyat Malaysia

Semalam (18 Jun) Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan menjelaskan rasional di sebalik keputusan kerajaan menurunkan harga telur.

Menurut Anwar, ini adalah kerana telur paling banyak dimakan oleh keluarga di Malaysia, terutama kumpulan isi rumah yang berpendapatan rendah.

Katanya, hasil kajian mendapati rakyat Malaysia mengambil purata empat biji telur sehari menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menggunakan penjimatan subsidi dengan menurunkan harga telur.

“Oleh itu, kita panggil syarikat-syarikat ini, bincang, berapa untung sebulan.

“Beritahu sekian tak boleh kurang sikit untung, bukan rugi, (minta) kurang sikit untung supaya kurangkan beban.

“Jika ada cara lain untuk membantu dengan subsidi dan menjimatkan wang, saya akan usahakan,” katanya.

Penurunan itu menyaksikan harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C di pasaran masing-masing 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa semalam. #MalaysiaMADANI #JabatanPenerangan

Posted by Jabatan Penerangan Malaysia on Tuesday 18 June 2024

Pengumuman Penurunan Harga Telur Disambut Baik Oleh Rakyat

Dalam pada itu, pengumuman penurunan harga telur turut disambut baik oleh segelintir rakyat Malaysia.

Memetik Sinar Harian, penguatkuasaan harga baharu itu disambut baik oleh kebanyakan golongan peniaga khususnya mereka yang melakukan perniagaan kecil-kecilan.

Ini kerana dengan penurunan harga tersebut, ia membantu mengurangkas kos perniagaan memandangkan telur menjadi antara bahan utama yang sering digunakan dalam pelbagai masakan serta menjadi bahan utama dalam pembuatan kuih dan pastri.

Namun, ada yang merasakan itu belum ke tahap pengumuman ‘berita baik’. Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan penurunan harga telur bukanlah seperti jangkaannya.

Beliau menjangkakan Anwar akan mengumumkan satu mekanisme komprehensif untuk turunkan harga barang.

Terima kasih lah Perdana Menteri kerana mengumumkan penurunan harga telur sebanyak 3 sen. Katanya ini sebahagian…

Posted by Muhyiddin Yassin on Monday 17 June 2024

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Tamatkan Subsidi & Kawalan Harga Ayam Bermula 1 November – Mat Sabu

Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Harga Telur Mahal, Kurangkan Makan Telur” – Pengarah KPDNHEP Melaka [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.