fbpx
Now Reading
Tular ‘Parcel’ Dibungkus Guna Kertas Mengandungi Ayat Al-Quran, Polis Sahkan Terima Laporan

Tular ‘Parcel’ Dibungkus Guna Kertas Mengandungi Ayat Al-Quran, Polis Sahkan Terima Laporan

Dalam video yang turut dimuat naik, turut kedengaran suara yang mendakwa parcel yang dibungkus dengan ayat suci al-Quran terdiri daripada beberapa bungkusan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, seorang pengguna di Facebook telah memuat naik satu hantaran memaparkan beberapa ‘parcel’ yang didakwa dibungkus menggunakan ayat-ayat suci al-Quran.

Menerusi posting yang dimuat naik pada 5 Jun lalu, penghantaran bungkusan itu telah dibuat oleh sebuah syarikat pencetakan di Kuala Lumpur.

Susulan itu, syarikat kurier di Air Itam, Pulau Pinang berkenaan tampil membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

“Hari ini (5 Jun) kami pihak kurier menerima sejumlah parcel yang dibungkuskan dengan kertas mengandungi ayat-ayat suci al-Quran.

“Anda semua satu syarikat yang besar, balut dengan kertas putih (kosong) sudah cukup,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam video yang turut dimuat naik, turut kedengaran suara yang mendakwa parcel yang dibungkus dengan ayat suci al-Quran terdiri daripada beberapa bungkusan.

“(Ada) lima buah bungkusan, bukan satu. Esok sampai lagi beberapa,” kata individu terbabit di dalam video.

Polis sahkan terima laporan berhubung kes barang dibungkus guna pembalut ayat suci al-Quran

Terbaharu, polis turut mengesahkan berhubung insiden yang berlaku pada minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad siasatan berhubung kes itu telah lengkap serta sudah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Polis ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan, kertas siasatan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” ujarnya, lapor Kosmo.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.