Menteri Agama Nasihat Agamawan Untuk Berhati-Hati Dalam Beri Pandangan

Umum mengetahui apabila perkara yang melibatkan ilmu khususnya dalam bidang agama ia perlu disampaikan dengan baik dan fakta yang betul.

Ini kerana, penyampaian yang salah boleh membawa kepada salah faham dan mencetuskan kebimbangan kepada mereka yang mendengar atau mengamalkannya.

Menteri agama nasihat agamawan untuk hati-hati dalam sampaikan pandangan

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menasihatkan kepada para agamawan untuk berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu pandangan.

Selain itu, mereka juga hendaklah membuat rujukan yang betul.

Perlu berlapang dada untuk memaklumkan tak tahu kepada sesuatu yang kurang arif

Malah jelasnya para agamawan hendaklah berlapang dada dalam memberitahu sesuatu perkara yang tidak diketahuinya sekiranya kurang arif untuk menjawab soalan yang luar dari bidangnya.

Kata beliau lagi, orang ramai memandang tinggi kepada golongan agamawan, sehingga apa yang dikatakan akan diterima masyarakat disebabkan mereka sentiasa inginkan ilmu pengetahuan.

“Saya minta kepada agamawan, untuk sentiasa berhati-hati dalam memberi pandangan masing-masing,” katanya semalam (19 Jun), lapor Sinar Harian.

Tak salah jika mengaku tak tahu kepada sesuatu perkara, ulama turut lakukan perkara sama

Malah tak salah jika memaklumkan tak tahu dalam sesuatu perkara kerana perkara itu turut dilakukan Imam Malik, Imam Syafie apabila disoal oleh anak murid dan mereka tidak mengetahui jawapannya.

“Kita ini masalahnya kadang-kadang apabila ada soalan, kita nak jawab semua.

“Sepatutnya perkara yang tidak tahu, kita jawab tidak tahu. Ini yang diajarkan oleh ulama terdahulu,” jelasnya lagi.

Mohd Na’im berkata demikian sewaktu mengulas tentang permohonan maaf yang dibuat Ustaz Don Daniyal susulan memberikan jawapan mengelirukan tentang puasa hari tasyrik.

Terkilan isu masih berlarutan

Beliau turut memaklumkan rasa terkilan kerana isu terbabit masih berlarutan meskipun sebelum ini sudah memberikan arahan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk berbincang dengan pendakwah berkenaan.

“Saya terkilan kerana saya telah bagi arahan untuk pengarah Jakim untuk berbincang dengan Ustaz Don itu sendiri.

“Saya difahamkan bahawa beliau telah memohon maaf dan mengakui kesilapan tersebut.”

Setiap agamawan ada kepakaran dalam bidang tertentu

Tambahnya lagi, ilmu pengetahuan hendaklah disampaikan mengikut sumber dan rujukan yang diyakini oleh pihak penceramah. Ini kerana setiap golongan agamawan itu mempunyai pengkhususan atau pakar tertentu.

“Agamawan ini mempunyai pengkhususan, kalau dalam bidang hadis, kita mempunyai agamawan yang pakar hadis,” ujarnya.

Nasihat agensi media untuk pilih penceramah yang ada tauliah dari Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agensi media untuk mengambil atau memilih penceramah yang mempunyai tauliah dari Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing.

“Media boleh juga merujuk kepada Jakim kerana mempunyai senarai penceramah yang mendapat tauliah.

“Sekurang-kurangnya penceramah ini telah ditapis. Itu harapan saya. Perlu selalu membuat rujukan jika ada sebarang musykil.”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago