fbpx
Now Reading
Polis Siasat Video Tular Suami Pukul Isteri Lepas Kantoi Curang Di Port Dickson

Polis Siasat Video Tular Suami Pukul Isteri Lepas Kantoi Curang Di Port Dickson

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, wanita berkenaan mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan susulan daripada insiden tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (19 Jun), tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita dipukul suami selepas lelaki itu ditangkap gara-gara berlaku curang.

Menerusi video berkenaan, wanita yang dipercayai baru habis pantang itu didakwa telah datang ke sebuah hotel di Port Dickson untuk bersemuka dengan suaminya yang disyaki sedang berlaku curang.

Namun, tindakan itu akhirnya mengundang padah apabila dia dipukul dan ditumbuk berkali-kali oleh lelaki berkenaan sehingga mengundang rasa kurang senang dan kemarahan pengguna media sosial.

Malah, ada pengguna yang mengharapkan agar lelaki berkenaan ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Polis Siasat Video Tular Suami Pukul Isteri

Susulan daripada video yang tular itu, polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed, pihaknya mendapat maklumat mengenai video yang memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu jam 9.50 pagi di sebuah Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan dan pergaduhan itu membabitkan sepasang suami isteri,” katanya.

Tambah Aidi Sham, punca kejadian dipercayai kerana suami wanita berkenaan telah berlaku curang dan mendaftar masuk di sebuah hotel.

Mangsa Alami Kecederaan Di Pipi

Ekoran daripada insiden itu, wanita berkenaan mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan.

“Mangsa sudah membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga,” katanya.

Aidi Sham turut memohon kerjasama orang ramai untuk tidak menularkan video berkenaan yang dilihat boleh menganggu siasatan pihak polis dan mendatangkan kegusaran awam.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PORT DICKSON TULAR VIDEO PASANGAN TEMPATAN BERGADUH DI SEBUAH BANGUNAN HOTEL

Posted by Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson on Wednesday 19 June 2024

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki di Indonesia Langgar Isteri Dengan Kereta, Bengang Kerana ‘Terkantoi’ Curang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Perang Dunia Akan Berlaku” – Wanita Kantoikan Suami Rakan Curang, Bawa Perempuan Hamil Ke Hospital

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.