fbpx

Semua Sekolah Perlu Laksana Program DLP, Tiada Yang Terkecuali – Fadhlina Sidek

Menurut Menteri Pendidikan itu, program terbabit bertujuan Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tiada sekolah di negara ini yang terkecuali dalam melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) bagi subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu.

Menurutnya, semua sekolah termasuk sekolah berasrama penuh perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan mengenai pelaksanaan program berkenaan.

Ujar Fadhlina, program itu bertujuan Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

KPM sedia beri bantuan berhubung garis panduan program DLP

Kementerian Pendidikan (KPM) sedia membantu mana-mana sekolah yang berdepan masalah pelaksanaan garis panduan berhubung program DLP itu.

“Tak betul (dakwaan ada sekolah tertentu dikecualikan ikut garis panduan DLP), semua (sekolah) kita sudah tegaskan kena pakai dan rujuk kita punya garis panduan yang ia tidak ada masalah.

“Setakat ini, sekolah-sekolah yang ada masalah dengan pelaksanaan garis panduan DLP, kita akan turun dan bantu sekolah terbabit untuk melaksanakan garis panduan berkenaan,” katanya dipetik Berita Harian.

Fadhlina berkata demikian bagi mengulas laporan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim yang mendakwa Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah dikecualikan daripada program terbabit.

Susulan laporan itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menggesa KPM menjelaskan sebab dua sekolah elit terbabit diberi kelonggaran ‘mengabaikan’ peraturan baharu DLP.

KPM komited pastikan peningkatan & kecekapan berbahasa di kalangan pelajar

Berkongsi lanjut, Fadhlina berkata, KPM komited untuk memastikan peningkatan dan kecekapan berbahasa menerusi dasar MBMMBI.

Antara usaha itu adalah dengan menubuhkan Pasukan Khas Reformasi Pendidikan dengan memperkenalkan Sahabat Bahasa untuk membudayakan dan menyemarakkan pelaksanaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara komprehensif.

“Inisiatif ini dilaksanakan di bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan terdiri sekolah IPG, Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.