fbpx
Now Reading
Tular Video Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Tepi Jalan, Suhu Di Mekah Lebih 50 Darjah Celsius

Tular Video Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Tepi Jalan, Suhu Di Mekah Lebih 50 Darjah Celsius

Difahamkan, lebih 550 jemaah haji telah meninggal dunia pada musim haji kali ini berikutan suhu panas melampau di Tanah Suci Mekah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (19 Jun) tular pula di media sosial beberapa video yang menunjukkan jenazah jemaah-jemaah haji yang meninggal dunia semasa mengerjakan ibadah itu berada di tepi jalan.

Menerusi hantaran beberapa video yang dimuat naik di akaun X @yo2thok, jemaah-jemaah terbabit dikatakan meninggal dunia kerana cuaca yang terlalu panas di Tanah Suci Mekah.

Video-video tersebut sekali gus telah menarik perhatian ramai, di mana rata-rata menzahirkan kebimbangan terhadap ahli keluarga mereka yang sedang berada di sana mengerjakan ibadah haji.

Lebih 550 jemaah haji meninggal dunia kerana suhu panas melampau

Memetik laporan Sinar Harian, lebih 550 jemaah haji telah meninggal dunia pada musim haji kali ini berikutan suhu panas melampau itu.

Dua diplomat Arab yang enggan identiti mereka didedahkan memaklumkan kira-kira 323 daripada angka itu adalah jemaah warga Mesir dan sebahagian besarnya meninggal dunia kerana penyakit berkaitan strok haba.

“Hanya satu kematian disebabkan oleh insiden rempuhan,” kata salah seorang daripada diplomat tersebut.

Data terbabit diperolehi diplomat berkenaan daripada salah sebuah bilik mayat hospital terbesar di kawasan al-Muaisem di Mekah.

Kementerian Luar Mesir jejak jemaah mereka yang hilang di Tanah Suci

Sebelum ini, Kementerian Luar Mesir berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menjejaki jemaah mereka yang hilang ketika mengerjakan ibadah haji.

“Tidak dapat dipastikan sama ada mereka berada dalam senarai kematian itu,” ujar kementerian itu dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian.

Difahamkan, ibadah haji pada musim ini menjadi semakin mencabar disebabkan fenomena perubahan iklim.

Menurut laporan penyelidikan diterbitkan Saudi pada bulan lalu, ia menjelaskan suhu di sekitar Tanah Suci telah meningkat sebanyak 0.4 darjah Celsius pada setiap dekad.

Suhu di Masjidil Haram mencecah 51.8 darjah Celsius

Pusat Meteorologi Kebangsaan di Riyadh mengesahkan suhu di Masjidil Haram telah mencecah 51.8 darjah Celsius pada Isnin lalu (17 Jun).

Keadaan cuaca panas terik luar biasa itu menyebabkan ramai jemaah cuba menyejukkan tubuh dengan menyiram air botol yang diagihkan sukarelawan pada kepala masing-masing.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.