Tular Video Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Tepi Jalan, Suhu Di Mekah Lebih 50 Darjah Celsius

Sejak semalam (19 Jun) tular pula di media sosial beberapa video yang menunjukkan jenazah jemaah-jemaah haji yang meninggal dunia semasa mengerjakan ibadah itu berada di tepi jalan.

Menerusi hantaran beberapa video yang dimuat naik di akaun X @yo2thok, jemaah-jemaah terbabit dikatakan meninggal dunia kerana cuaca yang terlalu panas di Tanah Suci Mekah.

Video-video tersebut sekali gus telah menarik perhatian ramai, di mana rata-rata menzahirkan kebimbangan terhadap ahli keluarga mereka yang sedang berada di sana mengerjakan ibadah haji.

Lebih 550 jemaah haji meninggal dunia kerana suhu panas melampau

Memetik laporan Sinar Harian, lebih 550 jemaah haji telah meninggal dunia pada musim haji kali ini berikutan suhu panas melampau itu.

Dua diplomat Arab yang enggan identiti mereka didedahkan memaklumkan kira-kira 323 daripada angka itu adalah jemaah warga Mesir dan sebahagian besarnya meninggal dunia kerana penyakit berkaitan strok haba.

“Hanya satu kematian disebabkan oleh insiden rempuhan,” kata salah seorang daripada diplomat tersebut.

Data terbabit diperolehi diplomat berkenaan daripada salah sebuah bilik mayat hospital terbesar di kawasan al-Muaisem di Mekah.

Kementerian Luar Mesir jejak jemaah mereka yang hilang di Tanah Suci

Sebelum ini, Kementerian Luar Mesir berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menjejaki jemaah mereka yang hilang ketika mengerjakan ibadah haji.

“Tidak dapat dipastikan sama ada mereka berada dalam senarai kematian itu,” ujar kementerian itu dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian.

Difahamkan, ibadah haji pada musim ini menjadi semakin mencabar disebabkan fenomena perubahan iklim.

Menurut laporan penyelidikan diterbitkan Saudi pada bulan lalu, ia menjelaskan suhu di sekitar Tanah Suci telah meningkat sebanyak 0.4 darjah Celsius pada setiap dekad.

Suhu di Masjidil Haram mencecah 51.8 darjah Celsius

Pusat Meteorologi Kebangsaan di Riyadh mengesahkan suhu di Masjidil Haram telah mencecah 51.8 darjah Celsius pada Isnin lalu (17 Jun).

Keadaan cuaca panas terik luar biasa itu menyebabkan ramai jemaah cuba menyejukkan tubuh dengan menyiram air botol yang diagihkan sukarelawan pada kepala masing-masing.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

16 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago