fbpx
Now Reading
Gagal Pujuk Batalkan Tuntutan Fasakh, Suami Tikam Isteri Hingga Maut

Gagal Pujuk Batalkan Tuntutan Fasakh, Suami Tikam Isteri Hingga Maut

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Md. Noor Aehawan Mohammad, lelaki itu menikam isterinya yang berusia 32 tahun menggunakan sebilah pisau yang turut ditemui di sebuah hotel.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan suami isteri pastinya mahu rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Namun disebabkan beberapa isu yang melanda, ada segelintir pasangan yang terpaksa mengambil jalan untuk berpisah.

Segelintir suami atau isteri melihat penceraian merupakan jalan terbaik namun kadang kala ia bukanlah satu perkara yang mudah diterima oleh pasangan hingga ada individu bertindak luar kawalan kerana tidak dapat menerima hakikat itu.

Tikam Isteri Kerana Berang Gagal Pujuk Isteri Batal Tuntutan Fasakh

Gara-gara gagal memujuk isteri untuk batalkan tuntutan fasakh, seorang lelaki berusia 36 tahun bertindak menikam isterinya sehingga mati di sebuah hotel yang terletak di Batu Gajah, Perak.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Md. Noor Aehawan Mohammad, perkara itu terbongkar selepas dia sendiri datang menyerah diri ke Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 2.00 petang semalam (20 Jun).

Jelas Md. Noor Aehawan, lelaki itu menikam isterinya yang berusia 32 tahun menggunakan sebilah pisau yang turut ditemui di tempat kejadian.

“Hasil siasatan telah menemui susuk badan mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk,” katanya.

Suspek & Mangsa Datang Hotel Secara Berasingan

Hasil semakan polis mendapati mangsa dan suspek telah datang secara berasingan ke hotel tersebut sehari sebelum insiden berkenaan pada Rabu (19 Jun) lalu dan menginap di bilik yang sama.

Ekoran daripada kejadian ini, pihak forensik daripada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak bersama pakar patologi Hospital Ipoh Perak telah hadir ke lokasi kejadian dan mengesahkan kematian mangsa.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya lagi.

Md. Noor Aehawan turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Gunaselan A/L Vijaya Kumar di talian 012-3634341 bagi membantu siasatan.

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU GAJAH KES BUNUH DI BATU GAJAH, PERAK

Posted by Polis Daerah Batu Gajah on Thursday 20 June 2024

Apa Itu Fasakh?

Sekadar info, fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh pasangan melalui pengadil (hakim).

Ia hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.

Memetik Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, antara perkara yang mengharuskan tuntutan fasakh apabila suami atau isteri:

  • Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih satu tahun
  • Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tiga bulan
  • Telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih
  • Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun
  • Telah mati pucuk
  • Telah gila selama tempoh dua tahun
  • Berkawan dengan perempuan jahat
  • Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita
  • Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama
  • Tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya mengikut hukum syarak

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Di Klang Maut, Dipercayai Dikelar Suami

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tembak Di KLIA: Lelaki Cuba Bunuh Isteri, Terkena Pengawal Peribadi – Polis [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.