Wanita Maut Ditikam Suami Rupanya Hidup Dalam Ketakutan Sering Terima Ugutan

Siapa sangka, hasrat seorang isteri yang ingin menuntut fasakh terhadap suaminya berakhir dengan tragedi selepas dia maut ditikam lelaki terbabit.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di sebuah hotel yang terletak di Batu Gajah, Perak pada jam kira-kira 2 petang semalam (20 Jun).

Mangsa ditikam suami pernah buat laporan polis kerana terima ugutan jenayah

Memetik laporan Kosmo, mangsa berusia 32 tahun itu pernah membuat laporan polis selepas menerima ugutan jenayah daripada suaminya termasuk bunuh.

Menurut abang mangsa yang dikenali sebagai Shahiran Shaharun, adiknya iaitu Nisya Shahkila kini dalam proses penceraian selepas lebih setahun digantung tidak bertali oleh suaminya.

Shahiran Shaharun menunjuk gambar arwah adiknya, Nisya Shahkila (Foto: Kosmo)

Mangsa hidup dalam ketakutan, sering terima ugutan di WhatsApp

Ujar lelaki berusia 34 tahun itu, adiknya hidup di dalam ketakutan apabila sering diugut melalui pesanan dan mesej suara di aplikasi perbualan WhatsApp.

“Nisya mahu berpisah kerana suaminya kaki pukul. Dia tidak tahan kerana bukan dia sahaja, malah anak lelakinya (dari perkahwinan pertama) berusia sembilan tahun turut jadi mangsa.

“Apabila dia ambil keputusan untuk berpisah, suaminya ugut macam-macam sampaikan Nisya pernah suarakan kebimbangan yang dia takut akan mati dibunuh,” katanya hari ini (21 Jun).

Menurutnya lagi, pada hari kejadian, Nisya dan suami sepatutnya hadir ke Mahkamah Syariah bagi prosiding permohonan cerai secara fasakh.

Abang reda pemergian adik, namun terkilan dengan cara dia diperlakukan

Berkongsi lanjut, Shahiran berkata dia dan keluarga reda dengan pemergian arwah, tetapi mengakui berasa terkilan dengan cara adiknya itu diperlakukan hingga menemui ajal.

Allahyarham Nisya Syahkila dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Belengkor, Batu Gajah selepas solat Asar sebaik proses bedah siasat selesai.

Suspek tikam dengan sebilah pisau, tak puas hati gagal pujuk isteri batalkan tuntutan fasakh

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md. Noor Aehawan berkata, suspek berusia 36 tahun itu menikam isterinya dengan menggunakan sebilah pisau kerana tidak berpuas hati dengan tuntutan fasakh oleh mangsa.

“Hasil siasatan telah menemui susuk badan mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk,” katanya.

Jelas Md. Noor, suspek bagaimanapun telah ditahan sebaik dia menyerah diri di balai polis selepas membunuh mangsa.

Baca Artikel Berkaitan: Gagal Pujuk Batalkan Tuntutan Fasakh, Suami Tikam Isteri Hingga Maut

Apa Itu Fasakh?

Sekadar info, fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh pasangan melalui pengadil (hakim).

Ia hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.

Memetik Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, antara perkara yang mengharuskan tuntutan fasakh apabila suami atau isteri:

  • Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih satu tahun
  • Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tiga bulan
  • Telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih
  • Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun
  • Telah mati pucuk
  • Telah gila selama tempoh dua tahun
  • Berkawan dengan perempuan jahat
  • Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita
  • Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama
  • Tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya mengikut hukum syarak

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Di Klang Maut, Dipercayai Dikelar Suami

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tembak Di KLIA: Lelaki Cuba Bunuh Isteri, Terkena Pengawal Peribadi – Polis [Video]

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago