fbpx

Kes Curi Duit Tabung Masjid, Sultan Selangor Murka

Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu kelalaian seumpama ini berulang lagi dan menitahkan agar AJK masjid mengambil langkah-langkah pencegahan awal yang lebih berkesan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (25 Jun), Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita baginda dengan kejadian kecurian tabung masjid yang berlaku pada baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram @selangorroyalofficial, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Sultan Sharafuddin murka dengan pelaku kerana tergamak curi duit tabung masjid

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda amat murka dengan pelaku terbabit kerana tergamak mencuri duit tabung masjid hasil sumbangan dan sedekah orang ramai bagi tujuan kesejahteraan umat Islam di kariah berkenaan.

Titahnya lagi, Sultan Sharafuddin juga mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan mencuri adalah sesuatu yang keji dan merupakan satu dosa besar khususnya apabila melibatkan kebajikan untuk golongan kurang berkemampuan seperti asnaf dan anak-anak yatim.

“Baginda juga menzahirkan kekecewaan terhadap pihak pengurusan jawatankuasa (AJK) Masjid Tengku Ampuan Jemaah kerana tidak melaporkan kejadian berkenaan secara rasmi kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” tulis Selangor Royal Office.

Baginda titah agar AJK masjid ambil langkah-langkah pencegahan awal

Baginda juga tidak mahu kelalaian seumpama ini berulang lagi dan menitahkan agar AJK masjid mengambil langkah-langkah pencegahan awal yang lebih berkesan.

“Antaranya dengan mengetatkan kawalan keselamatan dan memastikan CCTV sedia ada boleh berfungsi dengan baik,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin juga berharap agar kejadian kecurian tabung masjid ini dapat dibendung dan tidak akan berlaku lagi di mana-mana masjid serta surau khususnya di negeri ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.