MBSB Bank Pulangkan Semula Wang RM24.2 Juta Dari 4 Akaun FD Pelanggan Yang Dicuri

Baru-baru ini, pihak polis telah menahan seorang lelaki dipercayai dalang kepada sindiket pengeluaran wang tunai RM24.2 juta secara haram daripada beberapa akaun simpanan tetap MBSB Bank Berhad (MBSB Bank).

Suspek berusia 40-an itu berjaya ditahan di Kota Kinabalu, Sabah pada 14 Jun lalu iaitu sehari selepas polis menahan seorang bekas pengurus bank wanita.

Difahamkan, seramai 14 suspek berjaya ditahan pihak berkuasa sejak 13 jun lalu hingga Sabtu (22 Jun), di mana empat daripada mereka merupakan kakitangan bank yang terdiri daripada pengurus dan penyelia simpanan tetap.

MBSB Bank pulangkan semula wang RM24.2 juta yang dicuri dari akaun FD pelanggan

Terbaharu, MBSB Bank sudah memulangkan semula wang berjumlah RM24.2 juta daripada empat akaun simpanan tetap terbabit.

MBSB Bank dalam satu kenyataan semalam (24 Jun) berkata, satu siasatan dalaman secara menyeluruh telah dijalankan pihaknya susulan daripada siasatan awal oleh polis.

Bank berkenaan menyatakan bahawa sindiket terbabit melibatkan beberapa kakitangan mereka yang kini ditahan polis.

“Sindiket ini melakukan pengeluaran wang secara haram yang disahkan menggunakan kad pengenalan (NRIC) palsu,” katanya dipetik Berita Harian.

MBSB Bank bekerjasama dengan pihak berkuasa

Menurutnya lagi, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan siasatan kes yang berlaku di Kota Kinabalu itu dapat diselesaikan dengan segera dan secara menyeluruh.

“Keutamaan kami adalah keselamatan dan kepercayaan pelanggan kami. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan.

“Kami telah memulangkan semua wang yang dikeluarkan secara haram daripada akaun pelanggan yang terjejas,” katanya lagi.

MBSB komited dalam mengekalkan integriti keselamatan perbankan

Berkongsi lanjut, MBSB Bank berkata mereka komited dalam mengekalkan integriti keselamatan perbankan untuk semua pelanggannya dan akan terus bekerjasama dengan polis serta pihak berkuasa untuk memastikan individu yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalang utama sindiket ini telah mengagihkan habuan jenayah itu kepada rakan subahat mengikut peranan dan tugas masing-masing.

Suspek jalankan tugas paling mudah raih habuan serendah RM100,000

Berdasarkan siasatan Bukit Aman, Ramli berkata suspek yang menjalankan tugas paling mudah akan menerima bayaran serendah RM100,000 hingga RM240,000.

Ujarnya, kegiatan ini merupakan satu jenayah terancang yang melibatkan dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang simpanan tetap yang sudah dikenal pasti.

“Empat mangsa dalam kes ini adalah pemilik akaun simpanan tetap membabitkan tiga pemilik akaun bank di Selangor dan satu di Perak.

“Pengeluaran wang pertama secara tunai di kaunter bank berjaya dilakukan sekitar April lalu, disusuli beberapa pengeluaran seterusnya pada Mei serta Jun,” kata Ramli.

Pengeluaran wang dilakukan dengan mematuhi prosedur

Jelasnya lagi, pengeluaran wang dilakukan melalui subahat dalaman dengan cara mematuhi prosedur pengeluaran yang ditetapkan pihak bank berkenaan sehingga menjadikannya tidak dapat dikesan.

Difahamkan, kegiatan sindiket ini mula terbongkar selepas seorang pemilik akaun berkenaan hadir ke bank untuk membuat pengemaskinian akaun sebelum tampil membuat laporan polis pada 6 Jun lalu.

Suspek dalam kes ini dikatakan mempunyai kepakaran memalsukan sistem biometrik pada kad pengenalan dan data milik mangsa.

Recent Posts

  • Trending

Lagu UiTM Di Hatiku ‘Mendunia’! Ramai Mat Saleh Jadikan Muzik Latar Untuk Video Semasa Graduasi [Video]

Lagu ‘UiTM Di Hatiku’ itu menjadi trending dan digunakan sebagai muzik latar dalam video TikTok…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pelawak & Isteri Direman 2 Hari, Bantu Siasatan Kes Penyebaran Maklumat Dalaman Polis

Selain ditahan, telefon bimbit milik pelawak itu dan isterinya turut dirampas untuk membantu siasatan.

5 hours ago
  • News
  • Trending

PM Tegur Menteri KDN Gara-Gara Pakai Baju Batik Di Parlimen Pada Hari Selasa [Video]

Pemakaian batik Malaysia berlengan panjang dalam kalangan ahli parlimen ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat telah…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Art of Speed 2024 Kembali Lagi Pada 27 & 28 Julai, Kaki Kustom dan Counter Culture Boleh Standby!

Lebih menarik lagi, AOS 2024 akan berkolaborasi dengan kelab bola sepak Selangor FC (SFC) dalam…

6 hours ago
  • Trending

Lelaki Buat Challenge ‘Pakai Baju Mandi Di Mall’, Siap Tawar Hadiah RM1,000 Dikecam

Dalam video cabaran itu, selain lelaki berkenaan beberapa rakannya turut memakai bathrobe ketika berjalan di…

6 hours ago
  • Trending

“Nama Saya Malaysia” – Keunikan Nama Pelancong Amerika Jadi Perhatian Ramai [Video]

Ketika ditanya sebab Malaysia menjadi negara pilihannya untuk melancong, wanita itu menyatakan kerana namanya sendiri.

6 hours ago