Kerajaan Sedang Teliti Keperluan Laksana Rasionalisasi Subsidi Petrol RON95, Kata Rafizi [Video]

Umum mengetahui pada 10 Jun yang lalu, kerajaan telah mengumumkan harga diesel baharu yang ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter bagi Semenanjung Malaysia manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada harga RM2.15 seliter.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, itu merupakan langkah kerajaan dalam melaksanakan penyasaran subsidi diesel bagi mengurangkan ketirisan yang berlaku di negara ini.

Baca Artikel Berkaitan: Harga Diesel Di Semenanjung RM3.35 Seliter Bermula Isnin, 10 Jun

Kerajaan Sedang Teliti Rasionalisasi Subsidi Petron RON95

Terbaharu, kerajaan juga sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95.

Walau bagaimanapun, menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, tumpuan dan keutamaan pada ketika ini adalah pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasarannya stabil.

“Ia sekali gus mencapai objektif yang ditetapkan, antaranya untuk memperkukuh kemampanan fiskal negara serta mengurangkan ketirisan dalam pengagihan subsidi diesel.

“Sekiranya rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan pada masa akan datang, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan golongan terkesan akan diberikan bantuan sewajarnya,” kata Rafizi.

Rafizi berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) sama ada pengurangan subsidi petrol memberi kesan yang positif kepada rakyat.

Jelas Rafizi, pelaksanaan pemberian subsidi diesel secara bersasar bermula10 Jun lalu dijangka dapat memberi penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun.

Penyarasaran Subsidi Bantu Kerajaan Kukuhkan Kedudukan Fiskal

Pada masa yang sama, Rafizi memaklumkan pelaksanaan inisiatif keperluan penyasaran subsidi dilihat dapat membantu kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskal serta mengoptimumkan sumber yang ada.

“Penjimatan daripada inisiatif penyasaran semula subsidi akan dipulangkan kepada rakyat melalui pelaksanaan program serta projek yang lebih memberi manfaat dan benar-benar diperlukan oleh rakyat.

“Ia seperti penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan sosial serta kemudahan awam termasuk kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan keselamatan,” katanya.

Penyasaran Subsidi Satu Anjakan Besar Dalam Kajian Separuh Penggal RMK-12

Memetik Sinar Harian, Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan itu turut menjelaskan bahawa penyasaran subsidi merupakan salah satu anjakan terbesar dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Inisiatif ini dilihat penting dalam memperkukuhkan kemampanan fiskal serta memastikan hanya kumpulan sasar yang sepatutnya benar-benar menerima bantuan dan subsidi serta mengurangkan ‘inclusion and exclusion error’.

“Sejak tahun 2016, kerajaan telah menyediakan peruntukan subsidi dan bantuan sosial secara purata sebanyak RM23.0 bilion setahun.

“Jumlah ini telah melonjak kepada RM67.3 bilion pada tahun 2022 disebabkan oleh kenaikan harga komoditi minyak mentah dan minyak sawit.

“Memandangkan subsidi bahan api merupakan komponen kedua terbesar yang meliputi 12.3% daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2023, terdapat keperluan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan api,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Harga Diesel Di Semenanjung RM3.35 Seliter Bermula Isnin, 10 Jun

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Pilihan Lain, Penyasaran Subsidi Untuk Selamatkan Negara – Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Penyasaran Subsidi Diesel Tidak Akan Meningkatkan Harga Barangan Berlipat Ganda – Penganalisis Ekonomi

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago