Pemandu Singapura Perlu Bayar Saman Sebelum Keluar Malaysia – MOT [Video]

Undang-undang jalan raya di Malaysia bukan hanya perlu dipatuhi oleh kenderaan di negara ini sahaja, bahkan kenderaan-kenderaan asing juga perlu mematuhinya.

Jika ada yang tidak mematuhi atau melanggar undang-undang ini, sudah pasti hukuman seperti denda boleh dikenakan.

MOT beri amaran keras, kenderaan asing perlu patuh undang-undang jalan raya di Malaysia

Terbaharu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memberi amaran keras terhadap semua kenderaan asing supaya mematuhi undang-undang jalan raya di negara ini susulan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) bermula 1 Oktober ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook pada semalam (25 Jun) berkata, kerajaan serius dalam melaksanakan peraturan tersebut dan tidak akan melakukan ‘pusingan U’.

“Bermula 1 Oktober, VEP akan dikuatkuasakan. Mesejnya adalah jelas. Saya harap pemandu dari Singapura yang kerap masuk ke Malaysia patuh kepada undang-undang dan peraturan ditetapkan.

“Jika sebelum ini mereka yang mempunyai banyak saman sukar dikesan, jadi dengan pelaksanaan VEP dapat mengenal pasti setiap kenderaan asing yang masuk ke Malaysia dan melanggar undang-undang, mereka perlu bayar saman dulu sebelum keluar dari negara kita,” katanya dipetik Sinar Harian.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar)

Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1997 (Akta333)

Menurutnya, mana-mana individu yang memandu kenderaan asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada di dalam Malaysia dikira melakukan kesalahan selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta333).

Ujarnya, sejak April 2019, MOT melaksanakan pendaftaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) kepada pemilik kenderaan asing yang merentasi Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar di Tambah Johor serta Komplek CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

“Kami mengalu-alukan kenderaan Singapura untuk melawat Malaysia tetapi mereka perlu mematuhi undang-undang dan peraturan sama seperti kenderaan Malaysia patuh undang-undang di Singapura,” kata Anthony Loke dalam satu hantaran di Facebook.

Pemandu Singapura perlu memperbaharui atau melengkapkan proses pendaftaran VEP

Menurutnya lagi, semua pemilik kenderaan motor asing yang akan merentasi Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura boleh menggunakan tempoh masa dari sekarang untuk memperbaharui VEP yang akan tamat tempoh atau melengkapkan proses pendaftaran VEP.

Berkongsi lanjut, beliau berkata, berdasarkan rekod semasa terdapat hanya sekitar 70,000 kenderaan motor pendaftaran Singapura berdaftar dan mengaktifkan tag VEP berbanding lebih 200,000 kenderaan yang berdaftar tetapi tidak melengkapkan proses memasang serta mengaktifkan tag VEP masing-masing.

Jelasnya, pelaksaan VEP juga akan diperluaskan ke sempadan darat Malaysia-Thailand.

Recent Posts

  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 hours ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

3 hours ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

4 hours ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Berdosa Isteri Tak Mahu Pakai Niqab Yang Dibeli Suami – UAI [Video]

Ustaz Azhar Idrus bagaimanapun berkata, golongan wanita yang tidak berniqab haruslah tidak bertabarruj pada wajahnya.

6 hours ago