fbpx
Now Reading
Sultan Selangor Murka Dengan Keputusan MFL & FAM, Hukuman Pada Selangor FC Tiada Ihsan

Sultan Selangor Murka Dengan Keputusan MFL & FAM, Hukuman Pada Selangor FC Tiada Ihsan

Terdahulu, MFL memaklumkan Selangor FC dikenakan denda RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025 ekoran daripada ketidakhadiran kelab bola sepak itu dalam perlawanan Piala Sumbangsih menentang pasukan JDT pada 10 Mei lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menzahirkan rasa kecewa dan murka dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung penarikan diri Selangor FC dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu.

Menurut Sultan Sharafuddin, baginda kecewa dan terkejut dengan Hamidin kerana dilihat tidak serius bersuara sedangkan Hamidin sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bermula tahun 1995 hingga 2013 serta berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor selain menerima darjah kebesaran daripada Sultan Selangor.

Sultan Selangor Anggap Keputusan Sebagai Tidak Bertanggungjawab & Denda Berlebihan

Keputusan itu turut disifatkan oleh Sultan Sharafuddin sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.

“Beta amat murka dengan keputusan terbaharu MFL ini dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku,” titah baginda.

Malah, baginda menganggap hukuman yang dijatuhkan oleh MFL iaitu denda RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton disifatkan sebagai tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan turut diberi kepada pasukan lawan.

“Beta telah terlibat dalam arena bola sepak tempatan sejak tahun 1968 semasa zaman FAS diterajui oleh Datuk Seri Harun Idris sehingga beta bersara pada tahun 1990 dan dalam tempoh itu belum pernah beta saksikan keadaan seperti sekarang ini.

“Sukan yang sepatutnya menjadi platform perpaduan antara berbilang kaum dan rakyat, kini telah dicemari dengan keganasan.

“Lebih teruk lagi, MFL dan FAM langsung tidak serius bersuara dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu mengenai aspek keganasan dan kezaliman yang berlaku terhadap pemain-pemain,” titah baginda.

Beri Perkenan Kepada Selangor FC Untuk Buat Penangguhan

Jelas baginda, insiden serangan asid yang menimpa Mohamad Faisal Abdul Halim pada 5 Mei lalu serta beberapa serangan yang menimpa pemain bola sepak yang lain telah menyebabkan baginda memberi perkenan untuk Selangor FC membuat permohonan penangguhan Piala Sumbangsih ekoran pemain kelab itu masih berada dalam keadaan trauma dan ketakutan.

“Bagaimanapun, pihak MFL telah menolak permohonan penangguhan tersebut dan memberi kemenangan 3-0 serta kejuaraan Piala Sumbangsih kepada pihak lawan,” titah Sultan Sharafuddin.

Malah, baginda juga turut menzahirkan rasa pelik terhadap MFL dan FAM yang dilihat tidak bersimpati dan tiada belas kasihan terhadap mereka yang teraniaya.

“Harus diingat, apa yang berlaku ini bukan sahaja akan mencemar kredibiliti sukan bola sepak di negara ini, malah boleh membunuh semangat dan hala tuju pasukan Selangor FC.

“Beta kini hanya berperanan sebagai Penaung di dalam FAS, namun jika beta merupakan peneraju kepimpinan FAS dan Selangor FC, Beta tidak teragak-agak untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu,” tegas Sultan Sharafuddin.

Tindakan MFL Tidak Melambangkan Semangat Kesukanan

Malah, baginda turut menyifatkan tindakan melampau MFL itu tidak melambangkan semangat kesukanan dan hanya merosakkan imej industri bola sepak tempatan serta sokongan orang ramai terhadap sukan tersebut.

Jelas baginda, bola sepak adalah sukan yang digemari dan menyatupadukan rakyat Malaysia berteraskan semangat kesukanan yang tinggi.

“Beta ingatkan kepada MFL, buatlah keputusan dengan berhati-hati,” titah baginda lagi.

26 Jun 2024 ~ KENYATAAN AKHBAR DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR Berhubung kes ketidakhadiran Selangor FC ke…

Posted by Selangor Royal Office on Wednesday 26 June 2024

Terdahulu, MFL memaklumkan Selangor FC dikenakan denda RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025 ekoran daripada ketidakhadiran kelab bola sepak itu dalam perlawanan Piala Sumbangsih menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei lalu.

Selangor FC turut diarah membayar pampasan kerugian yang ditanggung JDT selaku tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu yang jumlahnya akan diumumkan MFL pada masa hadapan.

Malah, perlawanan Liga Super minggu ke-14 di antara kedua-dua pasukan itu yang bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa kehadiran penonton.

Baca Artikel Berkaitan: “Sanggup Hilang Gaji Berpuluh Ribu, Asalkan Keluarga Selamat” – Faisal Halim

Baca Artikel Berkaitan: “He’s Just A Small Boy With A Big Dream” – Video ‘Tribute’ Faisal Halim Dari Selangor FC Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Rumah Pemain Pertahanan Selangor FC Dipecah Masuk, Motosikal & Pasport Turut Dilarikan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.