“Tiada Guna Baju Cantik Tapi Gagal Bawa Pulang Emas” – Ketua Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024

Pada Ahad (23 Jun) yang lalu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah memperkenalkan rekaan baharu pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang akan digunakan di Sukan Olimpik 2024 di Paris yang bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Namun, rekaan baju tersebut mendapat kritikan dan respon kurang menyenangkan dari kebanyakan rakyat Malaysia.

Rata-ratanya kecewa dengan rekaan baju tersebut yang dilihat tidak kreatif dan disamakan seperti pakaian sukan murid sekolah.

Kebanyakan mereka berpendapat rekaan tersebut seharusnya lebih kreatif dan mencerminkan nilai negara kerana ia merupakan pakaian rasmi yang bakal digunakan di pentas antarabangsa.

Baca Artikel Berkaitan: Baju Atlet Malaysia Untuk Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Ini Respon Hannah Yeoh

MOM Tegas Tidak Akan Tukar Rekaan Pakaian

Mengulas mengenai isu ini, MOM tetap dengan pendirian untuk tidak menukar rekaan pakaian terbaharu yang akan digunakan dalam Sukan Olimpik 2024.

Sebaliknya, mereka akan menumpukan perhatian bagi memburu pingat emas di dalam temasya sukan yang diadakan empat tahun sekali itu.

Menurut Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd. Amin, rekaan pakaian yang berwarna emas dan hitam bertujuan untuk membawa aura pingat yang menjadi idaman setiap atlet Malaysia yang mewakili negara dalam temasya sukan itu.

Hamidin melihat rekaan tersebut bukanlah satu isu kerana ia masih mengekalkan identiti Harimau seperti rekaan sebelum ini selain daripada logo terpampang adalah milik MOM dan bukan Jalur Gemilang seperti yang didakwa.

Malah, rekaan baju terbaharu itu turut disukai oleh jaguh badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia.

Foto: Facebook Majlis Olimpik Malaysia

Mohon Rakyat Malaysia Beri Sokongan Kepada Atlet Malaysia

Jelas Hamidin lagi, dia memohon agar semua rakyat Malaysia memberi sokongan terhadap atlet Malaysia yang akan berjuang di temasya terbesar dunia itu.

“Lembaga eksekutif MOM telah meluluskan reka bentuk akhir ini sebelum dipamerkan kepada umum.

“Saya tidak nampak ia terlalu teruk sangatlah dengan baju ini semua, jadi kita kena bersyukur tetapi kami mengambil maklum kritikan orang ramai.

“Saya juga telah hubungi (Presiden MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria malam tadi untuk melontarkan idea kepadanya dan pada dasarnya beliau bersetuju untuk Olimpik seterusnya, kita akan buka kepada peminat untuk membuat rekaan pakai buat Kontinjen Malaysia.

“Selepas itu, kita akan pilih dan mungkin akan beri sagu hati kepada para pemenang.

“Mengenai rekaan baju ini juga, kita semua telah bersetuju dengan Yonex (pengeluar pakaian rasmi) menunjukkan warna emas kerana warna oren yang digunakan atlet sudah lama sejak 2004 lagi, jadi ramai atlet sebelum ini meminta MOM untuk tukar warna lain.

“Misi kita adalah untuk memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik. Jadi, MOM sepakat dengan Yonex mengunakan tema warna emas kerana kita membawa misi untuk memburu pingat emas.

“Saya harap pihak media dan juga netizen memberi sokongan dan bukan terus mempertikaikan warna ini semua. Kalau warna ini cantik pun tak dapat emas atau pingat pun tak guna,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Akui Kesilapan Penggunaan Patung Mannequin

Dalam pada masa yang sama, Hamidin mengakui kesilapan dalam penggunaan patung mannequin ketika mempersembahkan rekaan terbaharu pakaian rasmi kontinjen negara dilihat kurang menarik.

“Saya akui kemungkinan pakaian yang dipakaikan di patung mannequin menyebabkan ia tidak menarik untuk dipersembahkan pada umum.

“Soal untuk menukar rekaan baharu, saya rasa tidak perlu kerana kita tiada masa yang mencukupi malah baju ini juga tidaklah terlalu teruk,” jelasnya lagi.

Foto: Facebook Majlis Olimpik Malaysia

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…

5 hours ago
  • Trending

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…

5 hours ago
  • Trending

“Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…

5 hours ago
  • Trending

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan

Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…

6 hours ago
  • Trending

Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…

7 hours ago