fbpx
Now Reading
MDEC Jalin Kerjasama Dengan KPT, Kukuh Pembangunan Bakat Digital Negara

MDEC Jalin Kerjasama Dengan KPT, Kukuh Pembangunan Bakat Digital Negara

Kerjasama KPT & MDEC dilihat sebagai batu loncatan dalam memperkukuhkan pembangunan bakat digital serta meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang teknologi dan keusahawanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bidang digital pada masa kini dilihat antara bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran kerja.

Ini kerana ia merupakan antara bidang yang digunakan secara meluas dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi.

Oleh sebab itu, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dan agensi terlibat dalam menyedia dan mempersiapkan graduan bagi mempunyai kemahiran digital serta memenuhi kriteria industri.

KPT & MDEC Jalin Kerjasama Lonjakkan Pembangunan Digital Negara

Hari ini (27 Jun), Kementerian Digital menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengukuhkan kerjasama dalam lonjakan pembangunan digital negara.

Kerjasama ini dilihat sebagai batu loncatan dalam memperkukuhkan pembangunan bakat digital serta meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang teknologi dan keusahawanan.

Pelbagai Inisiatif Telah Dirancang Di Bawah MOU

Melalui jalinan kerjasama ini, pelbagai inisiatif kolaborasi telah dirancang bagi memberi manfaat khususnya kepada pelajar, pensyarah dan keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi negara.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah:

  • Program Latihan dan Kursus
  • Latihan Reskilling dan Upskilling
  • Program Pendidikan dan Pengiktirafan Profesional
  • Perkongsian Pengetahuan dan Kepakaran
  • Penerokaan Peluang Teknologi Baharu
  • Inisiatif GIG ‘Digital Freelance’
  • ‘Global Outsourcing Talent’
  • Program e-Usahawan

Premier Digital Tech Institution (PDTI) Tech Club Turut Dilancarkan

Majlis pada hari ini juga turut menyaksikan pelancaran Premier Digital Tech Institution (PDTI) Tech Club yang memfokuskan kepada peningkatan kemahiran pelajar.

Bagi tahun ini, PDTI Tech Club mensasarkan 5,000 pelajar akan mendapat manfaat dari segi pengalaman praktikal, kemahiran teknologi terkini serta pembelajaran daripada pakar industri seperti Amazon Web Services (AWS) dan International Business Machines Corporation (IBM) SkillBuild.

Pelancaran Premier Digital Tech Institution (PDTI) Tech Club

“MDEC, sebagai agensi utama dalam mencorakkan transformasi digital negara telah bekerjasama dengan KPT sejak 2017 dan kerjasama ini juga telah menjurus kepada pembukaan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) yang pertama di Malaysia, iaitu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Selain kerjasama dengan UTM, MDEC juga menjadi Penasihat Industri kepada Politeknik dan Kolej Komuniti.

“Kerjasama ini adalah cerminan MDEC dalam usaha untuk membantu KPT melahirkan pakar-pakar teknologi digital dan secara tidak langsung ia selari dengan inisiatif strategik negara Malaysia Digital (MD) untuk menjadikan Malaysia sebagai hab digital ASEAN,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MDEC, Ts. Mahadhir Aziz.

Majlis Menandatangani MOU ini telah ditandatangani oleh Ts. Mahadhir Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian disaksikan oleh Ketua Setiausaha KPT Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Ketua Setiausaha Kementerian Digital Tuan Fabian Bigar. Turut hadir sama adalah Pengerusi MDEC Tuan Syed Ibrahim Syed Noh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.