fbpx

MOM Bakal Perkenal Baju Baharu Malaysia Untuk Olimpik Paris 2024?

Difahamkan, pakaian Malaysia versi diperbaharui itu dikatakan hanya akan dihasilkan secara terhad kira-kira 25 atlet sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dilaporkan sedang mempertimbang untuk memperkenalkan versi baharu pakaian rasmi Malaysia bagi sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut New Straits Times (NST) yang memetik sumber, MOM sedang bekerjasama dengan syarikat peralatan sukan, Yonex untuk menghasilkan pakaian baharu khusus buat para atlet Malaysia yang akan ke Sukan Olimpik Paris.

Pakaian yang diperbaharui hanya dihasilkan terhad untuk atlet sahaja

“MOM sedang mengatur perkara ini dengan Yonex untuk menghasilkan pakaian eksklusif hanya untuk atlet. Bilangan terhad akan dihasilkan untuk kira-kira 25 atlet,” kata sumber itu.

Manakala, kontinjen lain termasuk jurulatih, kakitangan sokongan dan pegawai akan terus memakai pakaian versi asal yang hangat diperdebatkan sebelum ini.

Setakat ini, 22 atlet Malaysia telah layak ke Sukan Olimpik Paris.

Pakaian rasmi Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 teruk dikritik

Terdahulu, pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 itu mula diperkenalkan pada hujung minggu lalu dengan bertemakan emas berserta corak jalur harimau.

Menurut Ketua Kontinjen Malaysia (CDM), Datuk Hamidin Muhd. Amin, pemilihan reka bentuk berkenaan bertujuan untuk mencerminkan usaha negara ini bagi memenangi pingat emas di Paris.

Bagaimanapun, orang ramai dilihat mengkritik reka bentuk pakaian itu yang disifatkan sebagai ‘hodoh’, ‘nampak murah’ dan ketinggalan zaman berbanding reka bentuk sebelumnya.

Malah, seorang influencer wanita dari Australia juga sebelum ini tular mengejek pakaian tersebut dan membandingkannya dengan pakaian kontinjen lain.

Baca Artikel Berkaitan: Minah Salleh Sifatkan Baju Olimpik Malaysia Seperti Baju Sukan Sekolah [Video]

MOM turut menyatakan mereka tetap dengan pendirian untuk tidak menukar rekaan pakaian terbaharu yang akan digunakan dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Sebaliknya, mereka akan menumpukan perhatian bagi memburu pingat emas di dalam temasya sukan yang diadakan empat tahun sekali itu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.